Friday, February 4, 2011

ORANG SAKIT

Petang tadi aku pergi ziarah sahabat lama ku yang sedang sakit tenat...aku rasa sungguh sedih dan terharu kerana dia sakit terlantar tidak berupaya dan bermaya. Aku bayangkan ketika dia sihat, beliau ada lah seorang yang pendiam tetapi serius menjalani tugas dan kehidupan harian serta seorang yang warak. Beliau sentiasa bersolat berjemaah di masjid dan sangat menitik beratkan aspek keugamaan kepada keluarga nya.

Tetapi apa yang buat aku sedih dan airmata ku mengalir ialah apabila anak nya dengan baju pengantin datang menziarah beliau. Rupa nya anak perempuannya baru selesai bernikah yang di walikan abangnya sahaja bukan ayahnya. Kedua mempelai datang menziarah ayah mereka yang tidak berapa sedar ini. Sungguh kesian dan sedih. Sesungguh ini ada lah dugaan pada mereka. Ku lihat anak2nya dan isteri nya sungguh tabah menghadapi musibah ini. Esok ada lah kenduri perkawinan anak mereka, bayangkan lah, mana sibuk dengan kenduri dan ayah mereka sedang terlantar sakit tenat....

Sesungguhnya aku berharap dan berdoa agar sahabat ku pulih dengan segera dan keluarga nya tabah menghadapi musibah ini....

Menziarah orang sakit ada lah fardu kifayah keatas kita sebagai orang muslim.

Ziarahilah mereka dengan muka yang manis dan mesra melayan pesakit dan juga keluarga pesakit untuk meringankan bebanan mereka.

Nasihatlah mereka supaya besabar dan tabah menghadapi ujian Allah.

Sentiasa menyuruh mereka mengingati Allah

Paling penting mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

Kita sebagai pelawat mesti bersabar mendengar rungutan pesakit.

Sebagai prihatin pada mereka bertanyakan pada mereka tentang keinginan dan keperluan pesakit atau keluarga mereka.

Itulah di antara2 adab2 atau cara2 menziarah orang sakit mengikut Islam. Yang sebenar nya banyak lagi seperti membaca doa2 untuk persakit dan sebagainya.

Bila kita menziarah orang sakit, boleh melahirkan rasa keinsafan pada diri kita dan menyukuri nikmat dan kesihatan diri. Ia juga boleh meringankan bebanan pesakit dan keluarga nya dan tidak secara langsung mengeratkan silaturahim sesama islam.

Ayuh rakan2 ku jangan berlengah kalau kita mendengar keluarga, kawan2 kita sakit luangkan waktu untuk ziarah mereka. Tunjukkan sikap prihatin kita pada mereka. Kerana dengan kecuaian atau melengahkan diri untuk melawat rakan kita, kaum keluarga kita, mungkin kita tidak dapat jumpa mereka lagi dan ini boleh membuat kita rasa kesal di akan datang....jadi sentiasa luangkan masa untuk mereka bagi menujukkan sifat keprihatinan kita dan sayang kita kepada mereka.

Aku telah alami rasa kesal satu ketika dulu di mana ku mendengar kawan ku sakit tapi aku tangguhkan lawatan ku pada beliau kerana kesibukan masa ku dan akhir nya rakan ku telah meninggal dunia tanpa sempat aku ziarah beliau dan ini membuat aku rasa kesal hingga sekarang..dan seterusnya mengajar aku dan mengingatkan aku jangan tangguh niat yang baik menziarah rakan kita yang sakit secepat mungkin.

Macamana sibuk pun kita percepatkan lah niat kita untuk ziarah jika kaum keluarga, rakan2 kita sakit agar kita tidak rasa kesal kemudian hari....

No comments: