Monday, April 11, 2011

Kebahagian Rumah Tangga

Bulan ini genap 33 tahun aku berkawin dengan suami ku..perkawinan bukan atas dasar cinta tetapi atas keikhlasan dia melamar ku..Ketika itu aku tak pasti samaada keputusan aku menerima nya sebagai suami ku betul atau tidak. Bayangkan lah aku cuma mengenalinya selama tiga minggu sahaja dan dia terus melamarku...maka terbina lah mahgligai yang di impikan setiap insan di dunia ini.

Itu 33 tahun yang lepas, sekarang aku yakin keputusan aku menerima dia sebagai suami tepat insya Allah. Tiada lelaki lain betul2 memahami dan menyayangi aku seperti dia.

Dalam kehidupan berumah tangga ini, perempuan memang memainkan peranan untuk kebahagian rumah tangga pun begitu suami pun memainkan peranan juga ianya seperti irama dan lagu tak boleh di pisahkan. Sebagai isteri mesti lah tahu akan tanggungjawab untuk menjadi isteri yang solehah. Aku pernah menulis tentang tanggung jawab sebagai isteri tidak lama dahulu. Jadi aku tak mahu sentuh peranan isteri mengikut hukum. Aku mahu sentuh serba sedikit peranan seorang isteri menurut kemahuan suami secara am nya....Berikut aku kongsikan bersama apa yang sebenar nya suami mahu dari seorang isteri, mungkin tidak sepenuh nya tapi ini ada lah diantaranya :-

Penampilan - suami sangat suka melihat isteri nya kelihatan cantik, bersih, dan menarik. Cantik di sini bukan lah cantik hingga boleh memikat hati lelaki lain tetapi cantik dalam ertikata sentiasa kelihatan menawan di depan suami...tidak perlu pakai pakaian mahal2, tidak perlu berpakaian lip lap lip lap...cukup sekadar baju yang biasa wanita lain pakai menutup aurat, muka sentiasa tidak berminyak dan bersih dan badan sentiasa wangi dan lagi satu gigi sentiasa bersih kalau wanita yang dah kehilangan gigi gantikan yang lain serta jaga lah kebersihan nya.

Orang selalu berkata kalau nak tengok rumah orang itu bersih tengok lah tandasnya dan kalau nak tengok orang itu pembersih atau tidak tengok pada gigi nya...senangkan petua ni?

Bijaksana, memang suami suka dan gembira kalau isteri nya bijak..bijak tidak lah perlu hingga mendapat taraf PHD...cukup sekadar tahu nak bertindak sesuatu masalah tanpa membebankan suami...ini sangat penting..kadang2 isteri bila perkara kecil pun kena panggil suami dari pejabat untuk menyelesaikannya...cuba atasi nya tanpa menggangu mereka...Pandai mendidik anak agar anak menjadi orang yang soleh atau solehah. Bagi isteri2 yang bekerja pandai2 lah membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga.

Tidak boros - suami sangat bersyukur jika isteri mereka tidak boros dan pandai berjimat cermat ini memudahkan tugas suami jika dalam kesempitan ada tempat si suami meminta pertolongan..bagi aku, aku akan rasa malu jika suami ku tiap2 bulan suka meminjam dari kawan2 nya kerana kesempitan wang. Nampak sangat tiada pakatan suami isteri.

Sihat dan cergas - Suami memang mengharap isteri mereka sentiasa sihat dan cergas. Bayangkan jika isteri selalu sakit, bagaimana suami hendak fokus dengan kerjaya mereka. Asyik kena bawa isteri ke hospital sahaja. Jadi untuk jaga kesihatan, isteri harus lah mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan, selalu bersenam dan sentiasa tenangkan fikiran. Aku berpegang satu prinsip untuk tenangkan fikiran ini, apa2 yang berlaku mesti ada hikmah dan serah pada Allah...insya Allah tenang lah fikiran kita.

Penyayang dan penyabar - tiada siapa pun suka isteri yang pembengis dan kurang sabar. Bayangkan jika isteri pembengis tentu anak2 jadi mangsa dan juga suami.

Itu lah di antara ciri2 isteri yang di kehendaki oleh para suami2 tentu rakan2 berkata ini tak adil si isteri sahaja yang kena ikut kemahuan suami.... yang sebenar nya para isteri pun berharap agar suami mereka seperti yang dinyatakan di atas. Kedua2nya memainkan peranan untuk kebahagian rumahtangga. Kunci pertama kebahagian rumah tangga isteri ialah melayan kehendak suami begitu juga dengan suami melayan kehendak isteri. Bak aku katakan tadi ianya seperti irama dan lagu tak boleh di pisahkan.

Kesimpulannya kedua2nya memainkan peranan penting demi untuk menjaga keharmonian rumah tangga...insya Allah kalau semua faham dan tau peranan masing2 tegap lah istana yang kita bina malah akan kelihatan gah dan cantik...

Ku berharap istana yang ku bina sekian lama ini bertahan sampai akhir hayat ku dan begitu juga dengan rakan2, kaum keluarga ku. Semoga kita hidup aman damai hingga ke akhir hayat dan bukan itu sahaja semoga kehidupan yang kita kecapi sekarang ini di redhai Allah...amin.

4 comments:

MisY said...

salam,

alhamdulillah, semua ciri2 yg akak sertakan tu, saya amalkan sejak day one kami berkahwin.

kalau akak kenal suami 3 minggu dan terus kahwin, saya pula kenal suami 3 hari dan dia terus masuk meminang, time tu sy pun macam akak "betul ke apa yang aku buat ni?"

tp alhamdulillah, walaupun ada masanya 'tiang seri' bergoyang, namun rumah masih mampu diselamatkan. syukur....

Sharifah Hamidah said...

yanti alahmdullilah semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat...

ZAFINA ABD MUKTI said...

info yang berguna untuk dipraktikan...

ayukhairy said...

kakkkk..saya sedih baca entri ini..sungguh menusuk kalbu saya..