Wednesday, August 31, 2011

ILMU ITU TANGGA KEJAYAAN

Pegangan kita sebagai orang Islam ada lah Alquran dan Hadis, maka kita seharus nya mesti ada kedua2 nya di rumah untuk membuat rujukan. Alquran ini seolah Buku Manual kita atau SOP untuk kita mengikuti cara2 hidup yang di tetapkan..dan begitu juga dengan Hadis seperti Allah pernah berfirman : -

"...Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (Surah Al-Nisa' 59)..g

Bagi ku yang kurang pengetahuan ugama atau tidak mempelajari ilmu ugama secara formal hanya setakat mendengar kuliah2, merasa sangat dengkel nya ilmu pengetahuan ku mengenai ugama Islam...malah mengharungi hidup ku semasa remaja setakat ikutan sahaja tanpa memahami nya...tetapi Allah telah memberi kita akal fikiran dan sepatutnya kita mendalami ilmu ugama ini dengan kefahaman untuk panduan hidup kita agar selamat dunia dan akhirat dan mempelajari ilmu kenalah beterusan hingga ke akhir hayat. Kita akan merasa lagi kita belajar banyak nya kita kekurangan dan kita mahu lagi belajar dan belajar dan belajar lagi tanpa rasa jemu.... itu lah nikmat yang kita perolehi....

Sekarang ini aku tengah membaca buku hadis2 seperti Bahru Al-Madzi dan juga kitab Subulus Salam. Buku Bahru Al-Madzi ini aku sarankan kita kena berguru kerana bahasa nya yang agak lama sukar di faham kecuali kita berguru dan memang aku tengah mengikuti kelas ini melalui guru ku sekarang sudah sampai ke Juz atau Jilid 2.....baru aku faham sikit demi sikit...terima kasih pada guruku yang telah memberi penerangan setiap pengajian dengan ringkas dan sangat mudah di fahami.

Di samping itu aku tengah membaca kitab Subulus Salam baru Jilid Satu yang aku rasa mudah di faham....

Di sini aku kongsikan serba sedikit melalui kefahaman ku pengertian Hadis secara ringkasnya dan mudah orang2 awam seperti aku memahami nya...harap ianya sangat berguna untuk kita semua...

Ilmu Hadis menurut istilah ialah dilihat dari segi riwayatnya ialah ilmu yang mengandungi semua nukilan yang bersumber daripada Rasulullah (SAW) berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat-sifat akhlak dan keperibadiannya.

Istilah-Istilah Hadis

Matan ada lah isi hadis yang berakhir dengan sanad
Sanad, adalah periwayat yang menyampaikan kepada matan
Isnad adalah rentetan sanad hingga sampai ke matan.

Contohnya :- drp Muhammad bin Ibrahim, drp 'Alqamah ibn Waqqash, daripada Umar ibn al-Khatthab, bahawa Nabi (SAW) pernah bersabda......."sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niat." Sabda Nabi (SAW)- matan, sedangkan diri para periwayat di sebut sanad, dan mengisahkan rentetan sanad disebut isnad.

Musnad adalah hadis isnad yang bersambung mulai dari permulaan hingga ke bahagian akhir dan ia turut digunakan ke atas kitab yang menghimpun hadis-hadis setiap periwayat secara tersendiri seperti kitab Musnad Imam Ahmad.

Musnid adalah orang yang meriwayatkan hadis sekali gus dengan isnadnya

Begitulah istilah2 yang sering kita dengar.....yang sebenarnya banyak lagi tapi cukup setakat itu kita memahami nya sebagai orang2 biasa macam aku ni..nak tahu lebih mendalam sekali gus nanti pening pula..biar lah aku mengetahui sedikit demi sedikit....

Di akan datang akan aku tulis kan sedikit serba ringkas pembahagian hadis seperti seperti mutawatir dan ahad, dan juga maksud hadis sahih,hasan dan daif....InsyaAllah...

Di sini aku ingin ambil kesempatan sesiapa yang membaca penulisan ini jika ada perlu di tambah untuk kebaikkan bersama aku sangat2 mengalu2kan nya agar kita sama2 menafaatkannya...

Buku rujukan aku ada Al-Maram Subulus Salam....

Assalamualaikum

No comments: