Friday, September 2, 2011

TERUSKAN ISTIQOMAH SELEPAS RAMADAN...

Aku postkan semula entri ini untuk peringatan kita semua....kerana aku rasa ramai di kalangan kita kembali cara lama sebelum Ramadan, ini dapat aku saksi kan bila aku bersolat di masjid2 sepanjang perjalanan ku bercuti. Masjid kosong sahaja, malah di bahagian perempuan kadang2 aku seorang sahaja... aku ingat waktu zohor atau asar sahaja...tetapi sedih waktu magrib pun tak ramai orang bersolat berjemaah di masjid....sayang sekali...jadi aku post semula yang pernah ku tulis pada tahun lepas di bulan syawal......

Ramadan telah berlalu dan sekarang kita sedang berada dalam bulan Syawal. Aku merasa agak sedih juga bila bulan Ramadan sudah berlalu. Masih terasa kemeriahan di malam hari semasa melakukan solat terawih dan juga solat tengah malam, qiammullail..atau kata singkatan nya "qiam".

Semasa bulan Ramadan kebanyakkan masjid penuh dan alangkah sedih nya sekarang masjid dibulan Syawal ini kembali sunyi semula. Dimana manusia2 di bulan Syawal ini? Kenapa tak diteruskan istiqomah seperti bulan Ramadan? Sedih kan?

Rupa2nya kita hanya memperbanyakkan amalan kita dibulan Ramadan sahaja. Bukan kita beribadat kerana Allah tetapi kerana bulan Ramadan. Di mana fahaman kita tentang ibadat kerana Allah?

Aku bukan lah seorang Ustazah tetapi aku telah di tanamkan keminda ku bahawa kita kena terus beristiqomah walaupun di bulan mana kita berada, bukan hanya di bulan Ramadan. Aku teringat kata2 seorang Ustaz di kuliah yang ku dengar, orang2 yang beribadat pada bulan Ramadan terutama pada 10 hari terakhir dan tidak teruskan istiqomah nya hanya lah menjadi tetamu sahaja bukan ahli VIP. Kata2nya sangat menarik perhatian aku. Aku berkata pada diriku adakah aku hanya ingin menjadi tetamu sahaja iaitu hanya satu persinggahan bukan menjadi ahli VIP....Tidak!!! aku mahu menjadi ahli VIP seumur hidup itu pilihan ku...

Aku berjanji pada diriku aku akan teruskan beristiqomah seperti ku lakukan pada bulan Ramadan...teruskan bangun tengah malam teruskan ibadat2 lain hanya solat sunat terawih sahaja tak dapat dilakukan.

Berkorban lah kerana Allah, kerana Allah telah banyak memberi pada kita. Aku mengaku memang sukar untuk kita terus beristiqomah tetapi aku pegang kata alim ulama dan beberapa perkara aku ikuti seperti :-

1) Jangan makan terlalu banyak
2) Jauhi dari kawan2 yang selalu membuat maksiat
3) Elakkan diri dari sentiasa melakukan dosa2 kecil
4) Jangan panjang angan2 hingga lupa untuk bertaubat
5) Jangan terlalu mencintai dunia kerana dunia ini hanya hidup sementara
6) Kawal nafsu
7) Dan akhir sekali lawan lah godaan syaitan kerana syaitan ada lah
musuh yang terang lagi nyata. Kuatkan hati kita melawan godaan syaitan.

Ayuh rakan2 ku, mari kita terus beristiqomah dan cuba ikuti perkara2 seperti di atas itu, kerana ternyata kata2 alim ulama memang benar.....bila kita cuba lakukan perkara perkara seperti di atas, hati kita ringan untuk terus beristiqomah...dan ada lagi satu pesanan alim ulama yang aku pegang hingga sekarang iaitu kita wanita walaupun uzur jangan berhenti beribadat lakukan seperti biasa cuma kita tidak dapat solat dan membaca alquran sahaja, ibadat seperti bangun malam dan perbanyakkan berzikir di teruskan agar kita dapat terus beristiqomah...atau pun teruskan momentum itu...kerana uzur itu bukan satu tiket untuk kita melupakan Allah....

Nah...pilih lah mahu hanya menjadi tetamu iaitu satu persinggahan sahaja atau menjadi ahli VIP...tepuk dada tanya iman....

Semoga kita semua menjadi ahli VIP insyaAllah....

3 comments:

MisY said...

salam,

ini address baru blog saya.

http://anecdoteofmine.blogspot.com/

Sharifah Hamidah said...

thanks yanti..

Sharifah Hamidah said...

thanks yanti..