Friday, August 12, 2011

Masjid tempat yang mulia


Masjid ada lah tempat yang mulia yang perlu kita hormati dan ambil kesempatan untuk melakukan ibadat. Di negara kita yang tercinta ini banyak masjid yang di bina untuk kita melakukan ibadat dan tidak sukar untuk kita mencari nya jika kita adalah seorang musafir...

Tetapi sayang nya di masjid juga banyak kita dapati perkara2 yang tidak patut kita lakukan dan ramai orang masih tidak tahu nak ambil kesempatan untuk menunaikan ibadat di situ...malah kadang2 datang ke masjid dengan sesia2 sahaja.

Di sini aku ingin tuliskan pengalaman2 aku dapati ketika orang2 yang berada di masjid yang tidak tahu menghormati masjid atau mengambil kesempatan beribadat di dalam nya. Kebanyakkan senario2 yang aku ingin ceritakan terdiri dari wanita sendiri...


1. Menghadiri majlis pernikahan

Sudah jadi kebiasaan kini pasangan2 yang ingin mendirikan rumahtangga melakukan pernikahan di masjid kerana untuk mengambil berkat rumah Allah konon nya. Tetapi banyak kesalahan2 yang berlaku di semasa upacara pernikahan. Pengantin perempuan datang dengan makeup nya, baju yang tidak menepati aurat...jadi sudah tentu tidak dapat menunaikan solat tahiyatul masjid, begitu juga dengan pengiring2 rombongan...kadang2 masuk masjid pun tidak diiringi dengan doa kerana sibuk berbual2 dengan rakan2 atau saudara mara mereka, apatah lagi melakukan solat tahiyatul masjid...sayang sekali tidak mahu ambil kesempatan untuk menambahkan ibadatnya.

Lagi satu kadang2 ada jurukamera sibuk klik sana, klik sini, langkah orang yang tengah duduk di situ, kerana nak ambil shot yang cantik katanya.....aku rasa macam tak ada hormat langsung di pakarangan masjid, seoalah masjid ini di buat macam rumah sahaja.

2. Mengiring Jenazah

Bila kita mengiring jenazah ke masjid sudah tentu kita dalam keadaan sedih..tetapi aku selalu lihat sekumpulan wanita2 duduk buat bulatan dan berbual2..bila masuk waktu zohor atau asar... mereka masih duduk di situ dan berbual2 seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku sedangkan masa tu azan sedang berkumandang dengan lantangnya dalam masjid...Kalau nak kata mereka ini uzur takkan mereka duduk dalam masjid..kalau nak kata tidak ada telekung, banyak telekung yang di wakafkan tergantung di masjid itu. Bila kita berjemaah mereka masih duduk di situ...jadi kadang2 aku menegur juga mereka dengan baik tidak mahu solat bersama2 ke? mereka hanya tersipu2 sahaja. Alangkah solat wajib mereka tidak lakukan di situ apatah lagi solat jenazah...solat jenazah lah tanda kasih nya kita pada simati dan sebagai hadiah pada simati...tetapi mereka tidak mahu ambil kesempatan. Pada ku hanya membuang masa sahaja menghantar jenazah, baik duduk rumah kalau tidak mahu solat jenazah...kalau tidak tahu boleh bertanya bukan susah pun..


3. Beritikaf dalam masjid

Aku tak tahu niat mereka datang ke masjid tapi ada juga sekumpulan datang ke masjid hanya untuk berkumpul dan berbual dengan kawan2..dan tidak melakukan solat berjemaah..sepatunya bila kita beritikaf dalam masjid bila tiba waktunya elok lah sama2 melakukan solat jemaah...

4. Membaca quran ketika orang lain berjemaah (tadarus alquran)ini berlaku pada bulan Ramadan

Perkara baru aku nampak tahun ini di masjid yang selalu aku lakukan solat jemaah zohor dan asar...sekumpulan wanita2 yang bertadarus ini masih teruskan tadarus alquran walaupun orang lain melakukan solat berjemaah zohor...aku rasa mereka ini tahu ke hukum atau tidak...utamakan yang wajib dan lepas tu tadarus lah sampai khatam tidak ada sesiapa pun melarang.

Itu ada lah di antara2 senario yang pernah aku lihat, ada yang sempat ku tegur aku tegur lah dengan baik kerana beranggapan mungkin mereka tidak tahu...selalu nya bila aku menegur mereka dengan baik, mereka ini mungkin dengan rasa malu hanya mampu tersenyum simpul pada ku.....tidak kurang juga mereka hanya berdiam diri atau hanya jeling pada ku. Bagi aku tidak kira suka atau tidak aku menjalankan tanggungjawab aku sesama islam menegur dan menasihati mereka, mungkin mereka tidak lakukan ketika itu tetapi sekurang2 nya mereka ingat dan lainkali mungkin mereka lakukan pula.

Untuk memperingati diriku dan juga rakan2 di sini aku tulis kan serba sedikit adab2 memasuki masjid dan di dalam masjid :-

Adab Masuk ke Masjid

- membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan ketika masuk masjid..dengan doa yang bermaksud Ya Allah bukakanlah untukku pintu RahmatMu.

- Memberi salam kepada sesiapa yang berada di dalam masjid tersebut

- Mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid (menghormati masjid)

Adab dalam Masjid

- Duduk menghadap kiblat dengan niat beritikaf dalam masjid
- Membanyakkan zikir atau membaca quran
- Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia
- Di larang bertengkar
- Di larang melangkahi orang duduk
- Di larang melewati di depan orang tengah mengerjakan solat
- Di larang meludah dalam masjid

Adab keluar masjid

- mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat semasa di luar
- berniat untuk datang kembali
- mendahulukan kaki kiri sambil berdoa.."aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk.
- memberi salam kepada orang yang masih tinggal di Masjid..

Itu ada lah di antara adab2 yang ku ketahui semasa masuk, di dalam dan keluar masjid.

Semoga kita semua dapat menghormati masjid dan kita dalam golongan orang2 yang sentiasa mengimarahkan Masjid...insyaAllah amin....

1 comment:

Miss Haziqah said...

Assalamualaikum .. mohon copy . syukran :)