Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadan 1434H/17hb Julai 2013

Assalamualaikum
 
Hari ini aku nak berbincang tentang isu sensasi ni, menghina Islam.
 
Terfikir ke kita mengapa mereka sanggup menghina islam, tidak kah kita perlu muhasabah diri mengapa mereka sanggup menghina kita.
 
Aku berpendapat ini semua bermula pada sikap kita sendiri... yang sebenar islam sangat cantik, Alquran dan hadis mengajar kita hidup dengan begitu sempurna sekali. Kalau kita betul2 mengikuti alquran dan hadis tidak ada ruang orang lain menghina kita.
 
Perbaiki keperibadian kita yang paling utama, contohi Rasulullah insyaaAllah kita akan di pandang mulia dan di segani, dan  tidak secara langsung menarik perhatian orang lain mendekati Islam.   Rasulullah pernah di baling najis setiap hari tetapi Rasulullah tetap berdiam diri dan teruskan dakwah nya.   Satu hari orang yang sentiasa baling najis pada beliau tidak berbuat demikian Rasulullah bertanya di mana orang tersebut dan mendengar orang itu jatuh sakit.  Rasulullah pergi ziarah dan hati orang tersebut sangat tersentuh dan memeluk islam akhir nya.  Rasulullah juga sangat jujur dalam perniagaan nya, dan banyak lagi sifat terpuji Rasulullah yang kita kena contohi, sebab itu Islam boleh berkembang di seluruh dunia.
 
Sentiasa lah bersikap jujur, tekun,  sabar serta merendah diri, bersihkan hati kita dan sentiasa bertolak ansur di antara satu dengan yang lain agar kita di contohi oleh orang lain.
 
Patuh pada perintah Allah, dan jauhi larangan Nya , ini mesti ada pada setiap individu yang mengaku diri nya Islam.   Allah melarang kita minum arak tetapi cuba pergi ke kelab2 berapa ramai orang melayu/islam meneguk air syaitan tu.  Macamana orang lain nak menghormati diri kita, Larangan Allah pun kita tak hormat dan takut.   Berapa ramai wanita tidak menutup aurat, seperti orang lain, sedangkan Allah menyuruh semua wanita Islam menutup aurat.  Jika kita tidak menutup aurat tak ada lah perbezaan  kita dengan orang kafir.  
 
Penuhi lah masjid kita.  Memang lah berjemaah di masjid itu fardu kifayah, tapi tahu kah anda dengan meramaikan jemaah di masjid , kita akan lebih merapatkan ukhwah, kita kenal mengenali masyarakat kita lebih rapat... kalau tak percaya tengok lah Jemaah masjid, satu hari tak datang Jemaah lain akan bertanya di mana dia.. tidak secara langsung kita mengambil berat di antara satu dengan yang lain.  Orang Islam ramai di Malaysia ini tetapi sayang bila pergi ke masjid berapa kerat lah sangat.  Kadang2 bila aku singgah di masjid dalam perjalanan sangat sedih tengok saf nya satu aje, sekurang2 nya di tempat ku ramai juga ada dalam purata lima saf bila solat subuh, tetapi itu pun tak boleh di banggakan.  Dengan berjemaah di masjid boleh merapatkan perpaduan .  Tapi sedih juga melihat keadaan Malaysia kita di jurangi dengan perbezaan parti politik, sebab itu kita sentiasa bercakaran di antara satu dengan lain, tuduh menuduh dan macam2 lagi gejala negatif.  Ini lah salah satu sebab orang lain tidak menghormati kita, sanggup sentuh isu2 sensitif kita seperti yang berlaku sekarang.
 
Aku rasa kalau semua orang islam di Malaysia ni bersatu hati, jika ada perselisihan pendapat , selesaikan dengan cara berhemah, buangkan ego masing2, InsyaaAllah islam akan menjadi kuat dan orang lain akan gerun melihat keutuhan islam.  Kembalilah  pada alquran dan hadis nescaya kita akan bersatu hati kerana Allah.  Tetapi sayang aku beranikan katakana pemimpin2 islam kita mempunyai ego yang tinggi  termasuk lah yang memperjuangkan Islam.   Maaf lah aku berkata demikian tetapi itu lah hakikat nya.  Cuba lah belajar buang ego kita semua dan bersatu hati insyaaAllah orang lain akan menghormati kita dan tak ada ruang mereka  nak menghina kita.
 
Kesimpulan nya aku rasa kita harus lakukan seperti berikut :-
 
1) Perbaiki keperibadian kita sebagai orang Islam
2) Sentiasa berjemaah dan penuhi masjid
3) Buangkan perbezaan pendapat dan kembali kepada Alquran dan Hadis
4) Bersatu lah umat Islam
5) Perbaiki ekonomi kita
 
Yang sebenar banyak lagi  kita perlu renungkan dan muhasabah diri kita.. Jangan lah salah orang lain kerana mereka tidak berilmu.  Kita yang berilmu yang telah di didik oleh keturunan turun menurun kita tentang islam yang tidak melaksanakan kewajipan kita, itu sebab boleh memberi ruang orang lain menghina dan mempekotak katikkan kita.  
 
Berjuang lah mempertahankan islam dengan memperbaiki diri kita, sempurnakan kekurangan kita, didik anak2 kita, keluarga kita dan masyarakat setakat yang termampu   agar di segani dan di contohi oleh orang lain dan tak ada ruang mereka menghina kita.  Berjuang ini bukan setakat pergi berperang, berpolitik tetapi banyak caranya dan diantara nya seperti ku kata di atas tadi.  Ini hanya lah pendapat aku, mungkin ramai orang tak setuju tapi aku tak kisah kerana itu yang sentiasa ku lakukan kerana aku yakin dengan perjuangan ku yang tak seberapa ini..
 
 
 

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum..
saya sgt sependapat dgn akak..
sgt sedih rasanya melihat segelintir org melaung-laung isu hina islam tapi pada masa yg sama mereka sendiri tidak melaksanakan syariat islam..