Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadan 1434H/16th Julai 2013 (Selasa)


Assalamualaikum
 
Ku rasa bulan Ramadan ni memang bulan yang paling sibuk dan paling singkat ku rasakan.  Mana tak nya... Bangun pagi pukul 3.30 atau 4.00 pagi. Kalau biasa 4.30 atau pukul 5.00 baru bangun..  Bangun terus  bersolat dan beribadah tepat pukul 4.00 hendak masak untuk keluarga  bersama anak2 ku yang terjaga kemudian dari ku....  Lebih kurang pukul 4.45 ke pukul 5.00 pagi baru kami bersahur. 
 
Lepas bersahur bersihkan dapur tetapi selalu tugas ini banyak di lakukan oleh anak atau menantukan jika mereka ada bersama ku, ku terus mandi untuk menunaikan solat subuh dan mengaji.  Waktu ini juga baru aku berpeluang untuk solat qadha atau bayar hutang ku pada Allah semula yang ku tinggalkan masa zaman remaja ku.  Maklum lah zaman remaja dulu mana ada surau di sekolah, selalu solat orang kata "half past six" selalu ada blank file atau bocor yakni tak cukup lima waktu.. Jadi aku anggap aku tak bersolat dulu.  Aku mula bersolat secara consistent atau istiqamah  lima waktu ini ketika umurku 25 tahun dan ketika itu juga  aku mula menutup aurat secara perlahan2. Jadi sekarang ini aku ambil kesempatan bayar semula solat ku selepas subuh dan mengaji hingga pukul 7.30 pagi.   Kemudian aku lakukan senaman  dalam masa 20 minit ke setengah jam. 
 
Selepas bersenam aku sejukkan diriku sambil berkemas rumah, tapi rumah ku tak lah teruk sangat nak berkemas kerena rumah ku bukan besar pun.    Dalam pukul  8.15 pagi aku bersiap2 untuk pergi bekerja dan solat dhuha dulu sebelum keluar rumah.  Pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang waktu ku bekerja.  
 
Pukul 4.30 petang aku bergegas hendak pulang rumah tapi selalu nya tak tepat pukul 4.30 kadang2 4.35 atau 4.45 petang baru keluar pejabat,   dan memandu ketika ini memang memerlukan kesabaran.  Alhamdulillah oleh kerana dah terbiasa dengan keadaan sesak di jalan raya aku dah lali dan tak kisah pandu aje lah kereta dengan sabar dan tenang.   Sampai rumah selalu nya pukul 5.30 petang dan terus bersolat asar, ku bagi waktu pada diri ku hingga pukul 6.00 petang. 
 
Tepat 6 petang aku masuk dapur dan mulalah bersilat di dapur., selalu aku masak ringkas aje 3 jenis lauk  iaitu mesti berkuah ikan, daging atau ayam... sayur goreng atau sop... sambal  atau ikan kering goreng, bakar dan lain2... memang ringkas sahaja.   Kami jarang sangat membeli dari bazaar Ramadan.... kerana aku lebih suka memasak sendiri ...  Kami beli kuih atau murtabak aje dari Bazar Ramadan itu pun anak2 aku yang belikan.
 
Selalu nya pukul 7.15 dah siap semua masakan dan hidangan... Aku mandi dan mengaji sementara menunggu azan magrib...  Kami akan berbuka puasa anak beranak dan bersolat  kemudian akan bertewarikh... Terwarikh tengok keadaan diriku, kalau aku terasa penat sangat aku akan lakukan di rumah sahaja... tetapi mesti berdisiplin juga mesti lakukan tewarikh walaupun di rumah, kerana aku sangat sayang jika tertinggal.  Aku terasa mungkin tahun depan aku tak dapat lakukan, atau tahun ini mungkin tahun terakhir aku menyambut Ramadan di dunia ini... Bila kita berfikir begini insyaaAllah kita boleh berdisiplin untuk bertewarikh walaupun di rumah sahaja.
 
Pukul 10.30 malam aku  tidor hingga lah 3.30 pagi atau 4.00 pagi.... begitu lah aku rasa waktu terlalu singkat dan sibuk nya di bulan Ramadan yang mulia ini... tetapi aku sangat suka dengan kesibukan begini... dan aku rasa aku akan merindui nya jika Ramadan berlalu... pasti.... ya pasti merindui sausana Ramadan ini...
 
Semoga Ramadan ini bukan Ramadan terakhir... aku berharap aku dapat ketemu di Ramadan tahun hadapan... kerana masih banyak hutangku  kupada Allah  masih belum berbayar, insyaaAllah akan ku langsaikan sikit demi sikit jika di izinkan Mu Ya Allah....
 
 
Salam Ramadan..
 
 
 

No comments: