Thursday, July 11, 2013

Catatan hari pertama menyambut Ramadan

2 Ramadan 1434H/11 Julai 2013 (Khamis)

Hari ini hari kedua kita umat islam berpuasa. Aku agak teruja juga menyambut puasa tahun ini kerana kedua dua anak2 yang belajar sudah tamat pengajian mereka di luar Negara dan juga dalam Negara kita tercinta dan sudah pun bekerja. Ini bermakna mereka sudah bersama2 ku, dan menyambut Ramadan bersama2 dan insyaaAllah Raya pun quota keluarga kami sudah penuh semula. Alhamdulillah.

Semalam kami berbuka bersama2 kecuali anak sulong ku dan suami nya tidak bersama kami.. Yang seronok nya kami masak bersama2 dan penuh dapur kami..maklumlah dapur bukan nya besar pun, ada ketika berlaga punggung juga kami tapi rasa sangat meriah.

Anak lelaki bongsu ku sibuk keluar masuk dapur dan bertanya masak apa hari ini...ikut hati kami biar aje dia masak sorang hehehhe... kerana dia memang bekerja di hotel di bahagian kitchen tugas dia memasak, tapi kesiah kan dia penat baru balik kerja juga seperti kami. Agak kecoh dan riuh di dapur... aku memasak daging asam pedas, ikan sebelah sweet sour dan sayur campur goring, memang ringkas tapi menyelerakan kami. Anak perempuan ku yang becok mulut nya kata uurrrg lama tak puasa di Malaysia, patut lah dia rasa kelainan sambil menolong ku dan berlagak seperti host masakan... Memang betul lama tak rasa suasana begini memang aku rindukan suasana begini.

Bila aku dah habis masak, ku berkata pada anak ku dan menantuku aaah sekarang tugas korang pula tugas ibu dah habis.. Aku mandi dan masuk kebilik dapat lah aku mengaji sebentar sementara menunggu waktu berbuka.

Kami berbuka dengan rasa meriah walaupun bukan banyak pun lauk pauk kami.. Anak lelaki ku beli popiah basah dan goreng serta menantu ku beli kuih tepung pelita... Memang rasa tak ada pembaziran., kerana kuih2 tu habis di makan. Bak orang kata beli cukup2 aje.. Alhamdulillah. Suami ku berbuka di Masjid tapi sekejap aje kemudian dia pulang ke rumah bersama kami dan makan lagi.

Waktu bersahur pun lagi satu hal... aku tersedar dalam pukul 4.30 pagi... cepat ku jenguk ke dapur konon nak masak nasi, tapi gembira nya hati ku kerana anak perempuan dan menantu sudah berada di dapur untuk persiapan sahur.. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk bersolat sebentar dan sudah selesai aku ke dapur tengok2 apa yang kurang. Mereka goreng telur, masak air, dan panas kan lauk semasa berbuka. Jadi aku kata baik kita buat sambal tempe dan ikan bilis.. apa lagi dengan cepat menantu ku potong tempe dan blend bawang.... aku mula masak sambal goreng tu ternyata banyak dapat satu mangkuk besar... Aku berkata pada mereka tak apa kalau tak habis kita simpan untuk berbuka petang ni.

Kami kejutkan semua orang lelaki di rumah dan orang yang tak perlu berjaga pun terjaga iaitu cucu2 ku....mmmm kecoh lah waktu sahur dengan keletah mereka. Kami makan dengan penuh selera, semua yang ada di atas meja licin kami makan.

Selepas bersahur masing2 bersiap2 untuk bersolat. Suami ku seperti biasa pergi ke masjid dan kami bersolat di rumah sahaja.

Begitu lah suasana hari pertama kami menyambut puasa. Rasa tahun ini ada kelainan kerana anak2 semua sudah berada di sisi kami. Harap Ramadan ini lebih baik dari Ramadan yang lalu, baik suasana nya dan juga ibadat ku tidak berkurang malah harap bertambah insyaaAllah, dan berharap Allah beri kesihatan yang baik pada kami sekeluarga.


No comments: