Monday, November 23, 2015

Assalamualaikum
Ringkasan pengajian kita pd 22/11/15
Surah Al Baqarah ayat 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Ayat ini Allah memberi tahu kita tentang kisah orang yahudi... kita ini hidup di antara orang yahudi, nasrani dan orang yang bukan islam.
Pengajian lalu kita sudah tahu serba sedikit kehidupan orang Bani Israel..semasa zaman Nabi Musa...
Orang2 Bani Israel selepas Nabi Musa tidak boleh mengikuti Nabi Musa lagi tetapi kena ikut Rasulullah S.A.W.. begitu juga orang yang berugama Nasrani.. tidak boleh ikut Nabi Isa lagi... selepas Nabi Isa tiada... mereka juga kena ikut ugama islam pd zaman Nabi Muhamad. Perlu kita mengetahui zaman Nabi Musa untuk umat nya ketika itu dan juga zaman Nabi Isa untuk umat nya berbeza dengan Rasulullah ugama islam untuk semua umat di dunia ini.
Tapi seperti zaman2 nabi yang terdahului dari zaman Rasulullah... umat yang mengikuti mereka hanya lah sedikit.. begitu juga zaman sekarang di mana yang bukan islam hampir 70 billion manakala orang islam di dunia tak sampai dua billion.. begitu lah nisbah nya. Pada hal ugama islam lah yang asal di dunia ini.
Surah alfatihah ada menyebut jangan kita mengikuti cara yahudi dan nasrani
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 1:7
Mengapa ramai orang islam sesat mengikuti ugama nasrani dan yahudi.. mereka ini bukan mengikuti ajaran  Nabi Musa dan Nabi Isa ... tetapi agama yahudi dan nasrani... kerana kedua nabi ini mengajar islam...
Orang Nasrani tahu Nabi Isa akan turun. Nabi Isa akan turun dan masuk masjid jadi makmun bersolat bersama2 orang Islam.. mengapa Nabi Isa tidak menjadi imam... kerana di khuatiri akan menjadi fitnah... agar senang orang nasrani berkata orang islam mengikuti Isa ugama nasrani... sebab itu Nabi Isa tak akan jadi imam akan tetapi menjadi makmun sahaja. Nabi Isa akan terangkan kepada orang2 Nasrani..
Kita mesti mengetahui cara orang Nasrani... melalui alquran...mereka ini lebih teruk dari orang kafir biasa yang sembah berhala....
Orang islam kena sentiasa rujuk alquran dan jika ada masalah rujuk lah alquran...
Kita mesti sentiasa ingat bahawa hidup kita tak akan aman kerana duduk di antara dua agama yang besar iaitu agama yahudi dan nasrani...
Mari kita tengok cara orang Nasrani...
 Orang nasrani nabi mereka ada lah Nabi Isa... mereka telah memberi sifat Isa seperti sifat tuhan.. seperti mencipta.. yang mencipta kita ialah Isa..yang memberi rezeki ialah Isa..
Di mana Nabi Isa ada lah manusia seperti kita sahaja.. hanya dia seorang Nabi membimbing kaum nya kejalan yang benar.
Orang Nasrani berkata Nabi Isa anak Tuhan yang Allah ada lah ayah nya.. isteri tuhan ada lah Maryam
Maeda :  17
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۚ قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ۗ وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
1) bagaimana mereka kata Isa itu tuhan sedangkan kita semua mengetahui tuhan tidak makan dan minum dan juga tidak tidor... kalau tuhan tidor langit akan jatuh pada kita... kalau tuhan makan siapa yang beri Dia makan..
Annam : 14

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "
Ayat kursi baqarah : 255

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
2) Isa anak tuhan
Mari kita tengok surah Taubah :30
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Mana ada bukti Isa anak tuhan hanya dari mulut mereka sahaja, tidak ada sanad langsung ...
3) Isa tuhan no 3..
(a) tuhan (b) maryam (c) Isa...boleh ke 3 orang bawa atau memandu satu kereta... memang tak masuk akal ...
Itu lah perangai orang Nasrani.
Nabi Isa sendiri berkata dia bukan tuhan akan tetapi mereka tidak percaya...

Hari2 kita dengar orang murtad...Isa datang kepada Bani Israel selepas Nabi Musa...
Mereka ini mengikuti ugama Nasrani kerana nafsu... kita harus merasa sedih jika ada orang islam sangat rapat dan percaya mereka ...mereka lebih teruk dari orang musyrik... orang yang sembah berhala tahu ujud nya tuhan dan sembah tuhan melalui berhala yang mereka buat.
Surah Yunus : 31
قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
Orang Musyrik tahu semua Allah yang lakukan cuma mereka tak beriman dan bertaqwa... sedangkan orang Nasrani kata Isa itu tuhan.. mana lebih teruk?
Angkabut : 61
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
Maedah : 116
وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَٰهَيْنِ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ ۚ إِنْ كُنْتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ ۚ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
Jadi kita mesti faham apa nasrani dah lakukan... menyimpang jauh dari ajaran sebenarnya.
Baqarah : 109
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Baqarah : 135
وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
Yahudi dan Nasrani akan bersatu menyesatkan orang Islam...
Kalau baca injil tulisan mereka memang karut .. susah mahu percaya bagi kita yang beriman dengan Allah
Surah Maryam 88-90
وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا

Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا

Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -.

Orang Yahudi dan Nasrani masih hidup kerana sifat Allah yang Sabur (sabar)...dunia ini bukan tempat hisab tetapi di akhirat mereka terima pembalasan..
Umat Islam sepatut nya bersyukur dengan nikmat Allah ... mati dalam Islam..
Kesimpulan nya musuh islam ada tiga
1) Iblis
2) yahudi
3) nasrani...
Mereka ini mahu kita semua mati dalam kafir...
Orang Islam kebanyakkan nya masih miskin ilmu..
Sekian jika ada kekurangan harap maaf ...

No comments: