Sunday, November 15, 2015

BANI ISRAEL

Assalamualaikum
Ringkasan pembelajaran hari ini 15/11/15
Surah albaqarah ayat 43 dan 44
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
.... kitab taurat kitab yang benar turun dari Allah...Bani Israel buat yang baru yang sesuai untuk mereka..
Dirikan solat.. Bani Israel sepatutnya solat macam kita pasal ayat 41baqarah..Allah suruh kita ikut alquran..apa yang ada dalam taurat sama aje solat dan zakat ...Allah mahu mereka solat macam kita.. alquran penamat kitab2 jadi perintah nya semua sama tapi apa orang Bani Israel buat? Mereka mesti percaya pada Taurat, injil dan alquran...kita orang islam  mengetahui pasal yahudi hanya sedikit sahaja...
1) mereka sembah apa?
2) ahli kitab sembah Allah ke atau tidak?
3) orang kafir sembah berhala
Ayat 43 mahu mereka sembah Allah, keluarkan zakat, rukuk bersama kita... jadi adakah mereka sembah Allah?
1)  macamana kita tahu orang yahudi sembah berhala?
Surah Araf ayat 138

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
Ayat ini cerita pasal Bani Israel zaman Nabi Musa
Firaun tak suka Bani Israel .. dia tangkap semua anak lelaki Bani Israel dan sembelih, ambil perempuan Bani Israel (BI) beri pada askar dan rogol mereka, yang dewasa buat kerja berat seperti bina piramid dan istana serta tidak bagi makan, yang orang tua yang tak boleh kerja kena beri cukai pada firaun. BI hidup susah. (balasan dari Allah kerana tak ikut Musa)
BI ada 600 ribu orang firaun ada 1.2 juta...BI keluar dari Mesir ikut Laut Merah 1.2 juta tangkap 600 ribu.. BI kata susah mereka takut mati tetapi Musa berkata pada mereka percaya pada Allah...musa belah laut merah terbelah dua dan ada 12 lorong.. itu pun mereka tidak yakin ingin melihat lorong sebelah kering dan rasa selamat...begitu lah sifat mereka...Kaum BI sudah keluar laut dan kaum firaun terperangkap dalam laut bila tongkat musa di pukul semula..
Bila mereka keluar dari laut.. mereka di wajibkan sujud pada Allah... tetapi sebaliknya mereka nampak kaum lain sembah berhala dan ajak Musa buat berhala.. begitu lah sifat BI
Nota : jahil maksudnya tahu mana yang benar tapi tak mahu ikut
Ummi buta huruf tak tahu
2)  mereka telah sembah lembu
Araf : 148
وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَىٰ مِنْ بَعْدِهِ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلًا جَسَدًا لَهُ خُوَارٌ ۚ أَلَمْ يَرَوْا أَنَّهُ لَا يُكَلِّمُهُمْ وَلَا يَهْدِيهِمْ سَبِيلًا ۘ اتَّخَذُوهُ وَكَانُوا ظَالِمِينَ

Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman".
Nabi Musa telah terangkan pada BI bila  mereka dah selamat terima lah Taurat dan ajak mereka ke gunung tursina tetapi dalam 600 ribu itu hanya 70 orang sahaja yang ikut... yang lain bersama Samiri... dan beri perhiasan emas dan Samiri telah buat berhala lembu yang konon nya boleh berkata2 ... yang sebenar nya ada lubang dari belakang hingga ke mulut .. bila bercakap dari belakang keluar suara dari mulut...
3) Mereka juga sembah ular
Firaun tak percaya pada Musa..
 Firaun kata dia berkuasa lalu memanggil semua Ahli sihir..sihir bukan hakikat...
Musa nak tunjukkan perbezaan sihir dan mukjizat..bila tongkat musa jadi ular besar  musa sendiri takut... bila ahli sihir nampak Musa dalam keadaan begitu..mereka tahu itu bukan sihir dan ianya ada lah mukjizat... dan kesemua ahli sihir memeluk islam... wlupun dapat ugutuan dari Firaun..dari peristiwa ini BI buat patung ular dan sembah..
4) BI berkata Allah itu fakir miskin Surah Imran 181
لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan
Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar -
Mereka telah dapat makanan dari syurga
Air keluar dari batu
Tetapi sanggup mereka mengatakan Allah itu fakir miskin
Jika mereka sanggup kata Allah itu miskin adakah mereka akan kata kita kaya?
Mereka hanya mahu mereka sahaja yang kaya.
Mereka pandai buat fitnah...Iraq kaya, Syria kaya , begitu juga dengan yang lain2 tapi yang telah terjadi pada negara ini?...rumah2 mereka di Palestine memang kaya2 dan besar...mereka tak mahu orang lain lebih kaya dari mereka...
5)  mereka kata tangan Allah di ikat
Maeda :64
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ ۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا ۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ ۚ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
6) Mereka kata Allah menyesal dan sedih dalam taurat mereka yang palsu sifirultaqwin
7) dalam taurat mereka Allah mencipta langit dan bumi dalam 6 hari dan hari ketujuh Allah rehat... salah
Surah fussilat ayat 9-10
قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ۚ ذَٰلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ

Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
Tidak ada pun Allah penat dan perlu rehat
8) Mereka kata Tuhan sudah turun pada bumi seperti manusia dan berlawan dengan nabi yakub sampai subuh.. dan bagi tahu yakub subuh dah sampai.. yakub berkata tak akan lepas kerana tak sampai berkat... kemudian tuhan tanya siapa kamu.. yakub tuhan kata kami BI...Israel Allah yang pilih untuk mereka
9) mereka kata Tuhan tak tahu ghaib... tuhan mahu hancurkan rumah Israel ... Tuhan letakkan darah rumah orang Israel... ini semua mereka yang tulis dalam taurat mereka yang palsu
Taurat yang asli ada lah benar taurat yang palsu mereka tulis ikut kehendak mereka sahaja.   Jangan campurkan hak dan batil ...
10) Mereka kata sifat tuhan seperti manusia
Surah Taubah : 30
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Umat Nabi Muhamad yang terbaik hari2 baca surah al ikhlas
Nama Allah al sabuur ... maha sabar... sampai sekarang bagi BI peluang
BI ada lah orang duniawi... mereka mendustakan Allah... dalam semua negara islam BI tidak mahu kita bersatu... kerana mereka sedar jika orang islam bersatu akan menjadi kuat... jadi mereka tidak berhenti2 buat fitnah
Imran 103
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Perintah Allah... mahu kita bersatu
Kalau berpecah ... langgar perintah Allah dan mengikut hawa nafsu kita akan lemah BI akan kuat
Baqarah 44 perbezaan orang BI itu mereka suruh buat baik tetapi mereka buat jahat.. memang mereka tidak beraqal.
Sekian untuk hari ini....

No comments: