Saturday, September 10, 2011

Sambungan perihal Hadis

Mari kita belajar serba sedikit bab istilah hadis yang sering di guna dan fahamkan maksud nya....

Hadis Mutawatir - hadis yang memenuhi empat syarat.
1. Di riwayatkan oleh sekumpulan orang yang ramai jumlah nya
2. Menurut kebiasaan mereka ini mustahil bersepakat berbohong
3. Mereka meriwayatkan melalui orang yang sama kedudukannya mulai dari permulaan hingga ke bahagian akhir
4. Hendak lah musnad terakhir dari para periwayat berstatus hasan (baik)

Hadis Ahad - yang di dalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat mutawatir.

Hadis Ahad terbahagi kepada 3 bahagian iaitu...sahih, hasan dan daif.

Sahih - hadis yang di riwayatkan orang yang adil memiliki hafalan orang yang sempurna, sanad nya mutassil (bersambung dengan sanad berikutnya). Ianya tidak cacat dan tidak juga menyendiri (syadz)

Adil di sini bermaksud adil riwayatnya yakni seorang muslim yang telah akil baligh, bertakqwa, menjauhi semua dosa besar. Ianya merangkumi lelaki, wanita, orang yang merdeka dan juga hamba sahaya.

Hasan - di riwayatkan orang yang adil, hafalan kurang sempurna, tapi sanad nya mutassil, tidak mu'allal (cacat) dan tidak syadz.

Daif - hadis yang di bawah hadis hasan dengan pengertian kerana di dalam nya terdapat kecacatan pada syarat salah satu hasan.

Hadis sahih dan hasan boleh di terima manakala hadis daif di tolak oleh itu hadis daif tidak dijadikan hujah kecuali dalam masalah keutamaan beramal, dengan syarat status daif hadis tersebut tidak terlalu teruk, permasalahan yang di ketengahkan masih termasuk ke dalam syariat.

Hadis masyur - hadis yang di riwayatkan oleh tiga orang atau lebih tetapi masih belum memenuhi syarat mutawatir.

Hadis Aziz - di riwayatkan oleh dua orang periwayat sahaja.

Hadis gharib - hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat sahaja.

Yang sebenar nya banyak istilah2 hadis yang ada tetapi aku rasa cukup yang asas perlu kita ketahui agar bila kita baca hadis kita akan faham serba sedikit pembahagian nya terutama bila orang berkata hadis ini hadis sahih, hasan ke atau daif.

Tujuan aku menulis ini bukan apa hanya untuk aku mengingati apa yang di belajar dan juga boleh di kongsi bersama rakan2 sekelian yang seangkatan dengan ku iaitu masih proses pencarian ilmu untuk di isi sebagai pedoman hidup untuk beramal dengan nya. Harap dapat di menafaatkan bersama...