Tuesday, September 10, 2013

Bercuti - Uzbekistan Bahagian 2


4 Zulkaedah 1434H/10 September 2013


Setelah makan malam di hari pertama, kami beredar dan mengucapkan ribuan terima kasih pada tuan rumah dan ada yang sempat bergambar dengan mereka.  Ketika itu lebih kurang pukul 9 malam waktu Tahskent... sampai sahaja di Hotel kami bersihkan diri terus bersolat dan tidor.  Mata memang betul2 mengantuk, kalau di ikutkan waktu Malaysia lebih kurang pukul 12 malam, memang waktu tidor.
 
Pukul 3 pagi aku dah terjaga masih rasa waktu Malaysia.  Aku mandi dan bersolat sementara menunggu subuh lebih kurang pukul 4.30 pagi...... Banyak masa sementara menunggu  waktu sarapan..... kemaskan beg untuk berangkat dan banyak yang dapat aku lakukan kerana waktu sarapan hanya pukul 7 pagi.
 
Waktu bersarapan kami makan ramai2 dan berbual2.  Semua orang Nampak relax dan ceria.  Aku makan 2 biji telur rebus, sedikit nasi dan  sos kacang kuda... aku ingat bake beans tapi rupanya sos merah kacang kuda...enak juga.  Yang lain aku tak sentuh kerana sedikit kecewa mereka ada hidangkan bacons yang tak halal.  Negara yang hampir semua nya islam tetapi tak dapat kawal  makanan tak halal di hotel mereka.  Orang Islam di Uzbekistan mewakili 93%.  Yang lain seperti Christian, Yahudi hanya lah minoriti.
 
 
Tepat pukul 8 pagi kami berangkat ke Bukhara dengan menaiki Bas semalam di mulakan dengan bacaan doa..  Sepanjang jalan kami berbual2 dan juga bergurau senda dan dapat sedikit penerangan dari Pemandu Pelancung kami.  Kami berhenti di Karavan Saray salah satu laluan sutera dan mengintai2 pemandangan di situ.. ternyata Uzbekistan ada lah Negara padang pasir.
 
Perjalanan ke Bukhara mengambil masa yang lama juga dan kami banyak menyinggah satu tempat ke satu tempat di antara nya ladang kapas.
 
Sungguh luas ladang kapas yang kami singgah.  kami, semua nya teruja melihat nya.  Memang kesemua dari kami tidak pernah melihat pokok dan ladang kapas.  Sudah semesti nya kami teruja.  Pemandu Pelancung sempat juga bercerita sejarah Ladang Kapas... Kapas ada lah pengeluar pertanian  yang utama untuk Uzbekistan semasa jajahan Soviet.  Mereka memaksa ramai wanita berladang untuk menjadikan kapas sebagai pendapatan yang penting untuk Negara Soviet.  Kerajaan Soviet menyediakan tempat untuk menjaga anak2 kecil bila wanita2 Uzbekistan bekerja di ladang.  Begitu lah kira2 nya.
 
Dan pemandu pelancung terangkan kesemua pokok kapas ini ada kegunaan nya, seperti kapas di buat kain, biji nya di ambil minyak, untuk di masak, hampas nya di bagi makan lembu dan kambing dan batang nya di buat kuih... terbayang aku pokok kelapa di Negara kita... semua yang ada di pokok kelapa boleh di gunakan.
 
Dalam perjalanan banyak yang di ceritakan oleh pemandu pelancung, ternyata dia banyak beri kami informasi mengenai Uzbekistan... seperti hari kemerdekaan mereka jatuh pada 1 September dan Negara kita 31 Ogos.  Jadi kami sama2 meraikan hari kemerdekaan dalam bas dengan laungan MERDEKA.. seperti ku katakan beliau memang pandai berbahasa melayu.
 
Negara mereka mendapat kemerdekaan pada 1hb September 1991 bermakna tahun ini mereka menyambut kemerdekaan ke 22 tahun.  Sebelum Soviet jajah Negara mereka terdapat 7 ribu masjid tetapi hilang semasa pemerintahan soviet.  Bila merdeka kerajaan mula pulihkan sejarah dan pulihkan masjid sedikit demi sedikit.  Usbekistan terletak di antara 2 sungei iaitu  Syrdarya dan sungei Amudarya.  Kami berhenti sebentar untuk makan samosa di Jizza.  Ku dok bayangkan samosa seperti kita rupa nya bukan ianya seolah kuih pau yang bulat tapi di bakar dalam tempayan dan dalam nya ada inti kambing.  Sangat sedap dan sihat tidak ada minyak.
 
Kami sempat bertanya dengan Pemandu Pelancung kami, bagaimana mereka dapat kemerdekaan adakah dengan pertumpahan darah.  Dia menerangkan tidak dengan cara damai.  Aku pun hairan juga bagaimana Soviet Union boleh lepas begitu sahaja, sedangkan Negara ini kaya dengan emas dan minyak.. Dia kata ketika itu Soviet Union menghadapi banyak masalah, jadi mereka lepaskan banyak Negara seperti Uzbekistan.
 
Kami teruskan perjalan untuk sampai ke Bukhara..... untuk bersolat di masjid Imam Bukhari... banyak cerita akan di ceritakan kisah Makam Imam Bukhari. 
 


Duit mereka di panggil cym (kita sebut som) kita jutawan di sana
 
 
sebahagian pemandangan dalam perjalanan ke Bukhara
 
Gunung ganang yang kami lalui
 
 

 
Ini samosa yang ku katakan mereka bakar dalam tempayan
 
 
Di sana mereka suka makan di tempat terbuka...seperti bawah pokok
waktu makan tengahari
 
 
 
 
Masjid dan makam imam Bukhari
 
 
Nanti akan ku ceritakan keindahan makam dan masjid Imam Bukhari dan bagaimana mereka boleh terjumpa makam ini insyaaAllah.
 

 

Monday, September 9, 2013

Bercuti ke Uzbekistan Bahagian 1

3 Zulkaedah 1434/9hb September 2013

Assalamualaikum

Ku baru habis bercuti ke Uzbekistan. Pengalaman yang indah banyak kenangan manis dan pengetahuan ku timba di percutian ini.

Dalam kumpulan kami  ada 22 orang.  Semasa di airport ramai yang kami suami isteri tak kenali mereka...Hati kecil berharap mereka boleh menerima kami sebagai rakan pengembaraan.  Setelah kami check- in kami mendapat sedikit briefing dari tour leader kami, dan berkenalan di antara satu dengan yang lain.  Salam perkenalan ku hulurkan pada mereka.  Ada di antara memang kami suami isteri kenal dan memang kami bersepakat untuk pergi bersama tetapi ramai yang kami tidak kenali.

Sepanjang dalam kapalterbang aku banyak berdiam diri dan cuba ambil gambar dari atas.. Aku sangat kagum bila melihat banjaran gunung ganang di Afghanistan.. ini di sahkan oleh seorang Dr. dari Uzbekistan yang suka sangat berbual dengan ku walaupun aku kurang senang dengan dia tapi bila dia terangkan tempat2 yang dia tahu aku naik teruja juga, dan aku snap gambar dari atas.  Subhanallah sungguh cantik gunung ganang tersebut.



Ini lah gambar yang dapat di ambil dari atas, cantikkan? Tapi hati ku terbayang bagaimana orang2 Afghanistan berperang di situ... terbayang wajah2 pejuang2  Taliban..

Banyak nak di ceritakan tapi aku tak tahu bagaimana nak mulakan.  Hari pertama kami bermalam di Tashkent bandaraya Uzbekistan.. Sebelum sampai aku di sogokkan Negara ini 30 ke 40 tahun kebelakang dari Negara kita.. jadi aku bayangkan seperti Loas, Myanmar dan lain seangkatan dengan nya.  Tapi aku agak terkejut  agak moden juga Negara ini, mungkin bekas jajahan Soviet Union yang banyak membangunkan Negara ini fikir ku.

Tidak banyak bangunan tinggi2 mungkin kerana Negara ini pernah mengalami gempa bumi yang kuat satu ketika dulu.. begitu lah kata tour guide kami yang berbangsa Uzbekistan berugama Islam, sangat petah berbahasa melayu.

Kami di ajak bersiar2 di Bandar dengan menaiki bas yang di sewa, dan dia terangkan serba sedikit mengenai Bandar Teshkent.

Kami solat jamak takhir zohor ke asar di hotel dan selepas itu dia ajak keluar untuk makan malam... Kami di bawa ke sebuah rumah yang besar untuk makan malam di situ.   Rupanya begini lah cara dia membawa pelancung Malaysia ke Negara nya... Kami sangat suka... kami beramah tamah dengan host rumah dan makan malam di situ.  Dia mengajar kami  sebelum naik rumah kena basuh tangan dulu... dan kami pun naik ke atas setelah basuh tangan... rumah2 mereka selalu nya besar indah tersergam... menurut kata tour guide kami... orang2 di sini boleh memiliki rumah tapi tak boleh memiliki Tanah... kerana Tanah itu kerajaan punya.

Kami di hidang dengan begitu banyak nya makanan dan buah2an... Mula di hidang dengan buah2an seperti anggur, tembikai susu, buah peach, buah tin dan macam2 lagi semua nya teramat manis... Kami juga di hidang dengan kacang2 seperti badam, kacang Tanah dan walnut... kemudian kami di hidang sup mampat di panggil... di perbuat dari daging, gandum, kacang kuda dan tomato sungguh enak.. di makan bersama roti , dan akhir nya kami di hidang dengan nasi burkhari sungguh sedap... Rasa nya waktu makan paling panjang yang pernah kami rasakan... dari pukul 5 petang hingga 7.30 malam.

Kami sempat bergambar di kawasan rumah tersebut, yang ada tanaman anggur bergantungan, bunga2 dan lain2...


Buah2 anggur bergantungan geram tengok dan sangat manis.

 
Ini ada lah adat di sana sebelum naik kerumah kena basuh tangan dulu
 
Sebahagia dari kumpulan kami  baca doa sebelum makan
 
Roti buatan mereka sungguh enak... yang hitam tu ada lah jintan hitam
sangat baik untuk kesihatan
 
Buah tin yang segar sangat manis... pertama kali dapat makan yang segar
 
 
Sup mampat... sungguh enak
 
Kacang badam yang belum di kopek kulitnya
Nasi bukhari
 
 
Ini ada lah sebahagian gambar2 yang ku sempat ambil... ternyata memang makan malam yang di sediakan oleh orang2 di sana memang enak, kita orang Malaysia boleh makan..oh ya kerana kita orang Malaysia suka pedas mereka juga sediakan chili untuk di makan bersama... memang ada ummph bila dapat chili hidup.
 
 
Sepanjang kami pulang kehotel kami dapati pokok2 banyak yang di cat dengan warna putih... menurut kata leader kami memang orang2 Uzbekistan amat menghargai pokok2 kerana asal nya Negara mereka ada lah padang pasir.. Kerajaan mereka adakan polisi satu pokok rosak atau di tebang kena di gantikan dengan 7 batang pokok baru... begitu lah mereka sangat menghargai pokok2 untuk mendapatkan kehijauan di Negara mereka..
 
Tengok pokok2 semua di cat dengan warna putih di bawah untuk merawat pokok agar jangan berjangkit
 
 
Cukup untuk ku ceritakan di bahagian pertama ini... insyaaAllah banyak lagi hendak ku ceritakan dan ku pamerkan gambar2 yang menarik...
 
Hari kedua kami berangkat ke Bukhara di mana ada terdapat makam Imam Bukhari... insyaaAllah jumpa lagi...
 




Wednesday, August 28, 2013

21 Syawal  1434H/28 Ogos 2013
 
 
Assalamualaikum....

 
Hari ini sudah 21 hari kita beraya.... aku sungguh rindu suasana puasa..dan fikiran ku melayang serta teringat satu perjumpaan semasa aku melakukan qiam di 10 malam terakhir bulan Ramadan......

 Ku baru balik dari qiam... hari ini kami suami isteri pergi ke rumah kedutaan Arab Saudi yang di jadikan masjid. Sudah dua malam kami bersolat di sana sebelum nya kami qiam di masjid Rahimah Kg. Pandan.. kami rasa selesa bersolat di dua masjid ini...mungkin kerana berdekatan dengan rumah kami...

Selepas qiam tadi kami di beri makan berdulang.... kami bertiga satu dulang.. sambil makan kami berkenalan dan berbual2... seorang dari Libya dan seorang lagi dari Syria. Aku ambil kesempatan bertanya perihal negara mereka.. kedua2 mengatakan "bad shape" its not like before... perempuan Libya itu bercerita dulu negara kami aman di bawah pemerintahan Gadaffi... tetapi sekarang negara kami bukan macam dulu...aku sengaja bertanya bukankah Gadaffi seorang diktator dan kejam seperti yang di laporkan..perempuan Libya itu menjawab... tiap2 manusia ada kelemahan nya... tapi kalau kebaikkan melebihi keburukan mengapa kita perlu tukar pada orang lain yang tidak kita ketahui cara pemerintahan nya (dalam hati ku... eeeh seperti selalu ku ucapkan aje). Dia berkata dulu kami dapat free education...free hospitalisation, banyak yang di bantu oleh kerajaan Gadaffi.. hidup kami sungguh selesa... Aku berkata ...Gadaffi ambil kekayaan negara itu... dia menjawab mungkin betul tapi kami rela kerana kami pun senang...walaupun tak sekaya Gadaffi..sekarang rakyat Libya menyesal apa yang berlaku... dia menambah lagi ini semua kerana hasutan orang luar seperti America... ceritanya lagi dia balik tahun lepas ke LIBYA hati dia sakit tengok bendera America berkibar disana..mereka yang banyak menghasut rakyat Libya memberontak sekarang rasakan lah akibatnya... Libya ada banyak minyak sebab itu America cuba menguasai nya.. dgn menumbangkan kerajaan Gadaffi mereka bleh menguasai kerajaan baru.... tapi kata dia lagi kami sekarang masih tidak mempunyai kerajaan sebenarnya... askar pun tak berkuasa...America lah yang berkuasa sekarang di sana... katanya...aku agak terkejut dengan dakwaan nya... terus terang ku katakan aku tak tahu apa yg berlaku selepas tumbang nya Gadaffi... dia berkata yang dia suka Malaysia... tapi kata dia lagi ... malaysia mesti berhati2 ... kerana negara kita ada minyak... orang luar suka menghasut nanti agar nanti Malaysia menjadi kucar kacir dan seterusnya senang orang luar campur tangan..seperti apa yang berlaku pada negara dia LIBYA... perempuan Syria itu pula banyak berdiam diri... ku bertanya datang sini ikut suami bekerja ke...dia berkata kami lari dari negara kami....kami tak tahan dengan kekejaman Kerajaan skrg. Ku bertanya adakah mereke semua syiah ...ya jawab nya satu kumpulan syiah aku tak dapat tangkap nama nya... tapi dia adalah sunni, tambah dia lagi aku bertuah negara ku aman.....jangan jadi macam negeri2 arab sentiasa bergolak... kerana kebanyakkan negara2 Arab kaya dengan minyak... angkuh dan sombong lupa diri...senang orang luar menghasut dan campur tangan... dia berkata harap ini tidak berlaku d Malaysia... kerana Malaysia pun ada minyak...(aku tersenyum bila dia kata Negara kita ada minyak...dalam hati berkata berapa sangat lah minyak yang kita ada berbanding dengan mereka)... begitu lah pandangan kedua wanita Arab dari negara yg berlainan tapi ada persamaan...negara mereka bergolak.... aku termenung dgn cerita mereka dan pandangan mereka tentang Malaysia... apa yang mereka fikir lebih kurang dengan pemikiran ku.... mungkin kita sama sebab kami wanita... tak suka pada kekacauan... bukan bermakna tak suka pada perubahan .... tapi takut pada perubahan yang tak menentu .... nasi kami banyak tak habis.... kami bersalaman dan pulang ke rumah....

Pengalaman mereka menakutkan aku.... takut akan jadi pada negara ku yang tercinta...Ya Allah aman kan negara kami... harap rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu hormat menghormati ..... aku cintakan keamanan... begitu juga semua rakyat Malaysia.....

Thursday, August 8, 2013

تقبل الله منا ومنكم وكل عام وأنتم بخير.. Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan ramadhan dan mengurniakan keampunannya kepada  kita..saya  Sharifah Hamidah dan keluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..

Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadan 1434H/17hb Julai 2013

Assalamualaikum
 
Hari ini aku nak berbincang tentang isu sensasi ni, menghina Islam.
 
Terfikir ke kita mengapa mereka sanggup menghina islam, tidak kah kita perlu muhasabah diri mengapa mereka sanggup menghina kita.
 
Aku berpendapat ini semua bermula pada sikap kita sendiri... yang sebenar islam sangat cantik, Alquran dan hadis mengajar kita hidup dengan begitu sempurna sekali. Kalau kita betul2 mengikuti alquran dan hadis tidak ada ruang orang lain menghina kita.
 
Perbaiki keperibadian kita yang paling utama, contohi Rasulullah insyaaAllah kita akan di pandang mulia dan di segani, dan  tidak secara langsung menarik perhatian orang lain mendekati Islam.   Rasulullah pernah di baling najis setiap hari tetapi Rasulullah tetap berdiam diri dan teruskan dakwah nya.   Satu hari orang yang sentiasa baling najis pada beliau tidak berbuat demikian Rasulullah bertanya di mana orang tersebut dan mendengar orang itu jatuh sakit.  Rasulullah pergi ziarah dan hati orang tersebut sangat tersentuh dan memeluk islam akhir nya.  Rasulullah juga sangat jujur dalam perniagaan nya, dan banyak lagi sifat terpuji Rasulullah yang kita kena contohi, sebab itu Islam boleh berkembang di seluruh dunia.
 
Sentiasa lah bersikap jujur, tekun,  sabar serta merendah diri, bersihkan hati kita dan sentiasa bertolak ansur di antara satu dengan yang lain agar kita di contohi oleh orang lain.
 
Patuh pada perintah Allah, dan jauhi larangan Nya , ini mesti ada pada setiap individu yang mengaku diri nya Islam.   Allah melarang kita minum arak tetapi cuba pergi ke kelab2 berapa ramai orang melayu/islam meneguk air syaitan tu.  Macamana orang lain nak menghormati diri kita, Larangan Allah pun kita tak hormat dan takut.   Berapa ramai wanita tidak menutup aurat, seperti orang lain, sedangkan Allah menyuruh semua wanita Islam menutup aurat.  Jika kita tidak menutup aurat tak ada lah perbezaan  kita dengan orang kafir.  
 
Penuhi lah masjid kita.  Memang lah berjemaah di masjid itu fardu kifayah, tapi tahu kah anda dengan meramaikan jemaah di masjid , kita akan lebih merapatkan ukhwah, kita kenal mengenali masyarakat kita lebih rapat... kalau tak percaya tengok lah Jemaah masjid, satu hari tak datang Jemaah lain akan bertanya di mana dia.. tidak secara langsung kita mengambil berat di antara satu dengan yang lain.  Orang Islam ramai di Malaysia ini tetapi sayang bila pergi ke masjid berapa kerat lah sangat.  Kadang2 bila aku singgah di masjid dalam perjalanan sangat sedih tengok saf nya satu aje, sekurang2 nya di tempat ku ramai juga ada dalam purata lima saf bila solat subuh, tetapi itu pun tak boleh di banggakan.  Dengan berjemaah di masjid boleh merapatkan perpaduan .  Tapi sedih juga melihat keadaan Malaysia kita di jurangi dengan perbezaan parti politik, sebab itu kita sentiasa bercakaran di antara satu dengan lain, tuduh menuduh dan macam2 lagi gejala negatif.  Ini lah salah satu sebab orang lain tidak menghormati kita, sanggup sentuh isu2 sensitif kita seperti yang berlaku sekarang.
 
Aku rasa kalau semua orang islam di Malaysia ni bersatu hati, jika ada perselisihan pendapat , selesaikan dengan cara berhemah, buangkan ego masing2, InsyaaAllah islam akan menjadi kuat dan orang lain akan gerun melihat keutuhan islam.  Kembalilah  pada alquran dan hadis nescaya kita akan bersatu hati kerana Allah.  Tetapi sayang aku beranikan katakana pemimpin2 islam kita mempunyai ego yang tinggi  termasuk lah yang memperjuangkan Islam.   Maaf lah aku berkata demikian tetapi itu lah hakikat nya.  Cuba lah belajar buang ego kita semua dan bersatu hati insyaaAllah orang lain akan menghormati kita dan tak ada ruang mereka  nak menghina kita.
 
Kesimpulan nya aku rasa kita harus lakukan seperti berikut :-
 
1) Perbaiki keperibadian kita sebagai orang Islam
2) Sentiasa berjemaah dan penuhi masjid
3) Buangkan perbezaan pendapat dan kembali kepada Alquran dan Hadis
4) Bersatu lah umat Islam
5) Perbaiki ekonomi kita
 
Yang sebenar banyak lagi  kita perlu renungkan dan muhasabah diri kita.. Jangan lah salah orang lain kerana mereka tidak berilmu.  Kita yang berilmu yang telah di didik oleh keturunan turun menurun kita tentang islam yang tidak melaksanakan kewajipan kita, itu sebab boleh memberi ruang orang lain menghina dan mempekotak katikkan kita.  
 
Berjuang lah mempertahankan islam dengan memperbaiki diri kita, sempurnakan kekurangan kita, didik anak2 kita, keluarga kita dan masyarakat setakat yang termampu   agar di segani dan di contohi oleh orang lain dan tak ada ruang mereka menghina kita.  Berjuang ini bukan setakat pergi berperang, berpolitik tetapi banyak caranya dan diantara nya seperti ku kata di atas tadi.  Ini hanya lah pendapat aku, mungkin ramai orang tak setuju tapi aku tak kisah kerana itu yang sentiasa ku lakukan kerana aku yakin dengan perjuangan ku yang tak seberapa ini..
 
 
 

Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadan 1434H/16th Julai 2013 (Selasa)


Assalamualaikum
 
Ku rasa bulan Ramadan ni memang bulan yang paling sibuk dan paling singkat ku rasakan.  Mana tak nya... Bangun pagi pukul 3.30 atau 4.00 pagi. Kalau biasa 4.30 atau pukul 5.00 baru bangun..  Bangun terus  bersolat dan beribadah tepat pukul 4.00 hendak masak untuk keluarga  bersama anak2 ku yang terjaga kemudian dari ku....  Lebih kurang pukul 4.45 ke pukul 5.00 pagi baru kami bersahur. 
 
Lepas bersahur bersihkan dapur tetapi selalu tugas ini banyak di lakukan oleh anak atau menantukan jika mereka ada bersama ku, ku terus mandi untuk menunaikan solat subuh dan mengaji.  Waktu ini juga baru aku berpeluang untuk solat qadha atau bayar hutang ku pada Allah semula yang ku tinggalkan masa zaman remaja ku.  Maklum lah zaman remaja dulu mana ada surau di sekolah, selalu solat orang kata "half past six" selalu ada blank file atau bocor yakni tak cukup lima waktu.. Jadi aku anggap aku tak bersolat dulu.  Aku mula bersolat secara consistent atau istiqamah  lima waktu ini ketika umurku 25 tahun dan ketika itu juga  aku mula menutup aurat secara perlahan2. Jadi sekarang ini aku ambil kesempatan bayar semula solat ku selepas subuh dan mengaji hingga pukul 7.30 pagi.   Kemudian aku lakukan senaman  dalam masa 20 minit ke setengah jam. 
 
Selepas bersenam aku sejukkan diriku sambil berkemas rumah, tapi rumah ku tak lah teruk sangat nak berkemas kerena rumah ku bukan besar pun.    Dalam pukul  8.15 pagi aku bersiap2 untuk pergi bekerja dan solat dhuha dulu sebelum keluar rumah.  Pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang waktu ku bekerja.  
 
Pukul 4.30 petang aku bergegas hendak pulang rumah tapi selalu nya tak tepat pukul 4.30 kadang2 4.35 atau 4.45 petang baru keluar pejabat,   dan memandu ketika ini memang memerlukan kesabaran.  Alhamdulillah oleh kerana dah terbiasa dengan keadaan sesak di jalan raya aku dah lali dan tak kisah pandu aje lah kereta dengan sabar dan tenang.   Sampai rumah selalu nya pukul 5.30 petang dan terus bersolat asar, ku bagi waktu pada diri ku hingga pukul 6.00 petang. 
 
Tepat 6 petang aku masuk dapur dan mulalah bersilat di dapur., selalu aku masak ringkas aje 3 jenis lauk  iaitu mesti berkuah ikan, daging atau ayam... sayur goreng atau sop... sambal  atau ikan kering goreng, bakar dan lain2... memang ringkas sahaja.   Kami jarang sangat membeli dari bazaar Ramadan.... kerana aku lebih suka memasak sendiri ...  Kami beli kuih atau murtabak aje dari Bazar Ramadan itu pun anak2 aku yang belikan.
 
Selalu nya pukul 7.15 dah siap semua masakan dan hidangan... Aku mandi dan mengaji sementara menunggu azan magrib...  Kami akan berbuka puasa anak beranak dan bersolat  kemudian akan bertewarikh... Terwarikh tengok keadaan diriku, kalau aku terasa penat sangat aku akan lakukan di rumah sahaja... tetapi mesti berdisiplin juga mesti lakukan tewarikh walaupun di rumah, kerana aku sangat sayang jika tertinggal.  Aku terasa mungkin tahun depan aku tak dapat lakukan, atau tahun ini mungkin tahun terakhir aku menyambut Ramadan di dunia ini... Bila kita berfikir begini insyaaAllah kita boleh berdisiplin untuk bertewarikh walaupun di rumah sahaja.
 
Pukul 10.30 malam aku  tidor hingga lah 3.30 pagi atau 4.00 pagi.... begitu lah aku rasa waktu terlalu singkat dan sibuk nya di bulan Ramadan yang mulia ini... tetapi aku sangat suka dengan kesibukan begini... dan aku rasa aku akan merindui nya jika Ramadan berlalu... pasti.... ya pasti merindui sausana Ramadan ini...
 
Semoga Ramadan ini bukan Ramadan terakhir... aku berharap aku dapat ketemu di Ramadan tahun hadapan... kerana masih banyak hutangku  kupada Allah  masih belum berbayar, insyaaAllah akan ku langsaikan sikit demi sikit jika di izinkan Mu Ya Allah....
 
 
Salam Ramadan..
 
 
 

Thursday, July 11, 2013

Catatan hari pertama menyambut Ramadan

2 Ramadan 1434H/11 Julai 2013 (Khamis)

Hari ini hari kedua kita umat islam berpuasa. Aku agak teruja juga menyambut puasa tahun ini kerana kedua dua anak2 yang belajar sudah tamat pengajian mereka di luar Negara dan juga dalam Negara kita tercinta dan sudah pun bekerja. Ini bermakna mereka sudah bersama2 ku, dan menyambut Ramadan bersama2 dan insyaaAllah Raya pun quota keluarga kami sudah penuh semula. Alhamdulillah.

Semalam kami berbuka bersama2 kecuali anak sulong ku dan suami nya tidak bersama kami.. Yang seronok nya kami masak bersama2 dan penuh dapur kami..maklumlah dapur bukan nya besar pun, ada ketika berlaga punggung juga kami tapi rasa sangat meriah.

Anak lelaki bongsu ku sibuk keluar masuk dapur dan bertanya masak apa hari ini...ikut hati kami biar aje dia masak sorang hehehhe... kerana dia memang bekerja di hotel di bahagian kitchen tugas dia memasak, tapi kesiah kan dia penat baru balik kerja juga seperti kami. Agak kecoh dan riuh di dapur... aku memasak daging asam pedas, ikan sebelah sweet sour dan sayur campur goring, memang ringkas tapi menyelerakan kami. Anak perempuan ku yang becok mulut nya kata uurrrg lama tak puasa di Malaysia, patut lah dia rasa kelainan sambil menolong ku dan berlagak seperti host masakan... Memang betul lama tak rasa suasana begini memang aku rindukan suasana begini.

Bila aku dah habis masak, ku berkata pada anak ku dan menantuku aaah sekarang tugas korang pula tugas ibu dah habis.. Aku mandi dan masuk kebilik dapat lah aku mengaji sebentar sementara menunggu waktu berbuka.

Kami berbuka dengan rasa meriah walaupun bukan banyak pun lauk pauk kami.. Anak lelaki ku beli popiah basah dan goreng serta menantu ku beli kuih tepung pelita... Memang rasa tak ada pembaziran., kerana kuih2 tu habis di makan. Bak orang kata beli cukup2 aje.. Alhamdulillah. Suami ku berbuka di Masjid tapi sekejap aje kemudian dia pulang ke rumah bersama kami dan makan lagi.

Waktu bersahur pun lagi satu hal... aku tersedar dalam pukul 4.30 pagi... cepat ku jenguk ke dapur konon nak masak nasi, tapi gembira nya hati ku kerana anak perempuan dan menantu sudah berada di dapur untuk persiapan sahur.. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk bersolat sebentar dan sudah selesai aku ke dapur tengok2 apa yang kurang. Mereka goreng telur, masak air, dan panas kan lauk semasa berbuka. Jadi aku kata baik kita buat sambal tempe dan ikan bilis.. apa lagi dengan cepat menantu ku potong tempe dan blend bawang.... aku mula masak sambal goreng tu ternyata banyak dapat satu mangkuk besar... Aku berkata pada mereka tak apa kalau tak habis kita simpan untuk berbuka petang ni.

Kami kejutkan semua orang lelaki di rumah dan orang yang tak perlu berjaga pun terjaga iaitu cucu2 ku....mmmm kecoh lah waktu sahur dengan keletah mereka. Kami makan dengan penuh selera, semua yang ada di atas meja licin kami makan.

Selepas bersahur masing2 bersiap2 untuk bersolat. Suami ku seperti biasa pergi ke masjid dan kami bersolat di rumah sahaja.

Begitu lah suasana hari pertama kami menyambut puasa. Rasa tahun ini ada kelainan kerana anak2 semua sudah berada di sisi kami. Harap Ramadan ini lebih baik dari Ramadan yang lalu, baik suasana nya dan juga ibadat ku tidak berkurang malah harap bertambah insyaaAllah, dan berharap Allah beri kesihatan yang baik pada kami sekeluarga.