Thursday, December 9, 2010

Allah Maha Mengetahui....

Surah Al-Baqarah :216

...Kamu di wajibkan berperang (untuk menentang penceroboh), sedangkan perperangan itu ialah perkara yang kamu benci.Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (Ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.....


Aku tidak pandai mentafsir ayat tersebut tapi dari terjemahan itu memang benar...Allah maha mengetahui, kita tidak mengetahui apa yang sebalik berlaku pada kita...Kita mungkin mengeluh atau tidak suka perkara2 atau peristiwa yang berlaku pada kita tetapi kita mesti ingat mesti ada hikmahnya....mungkin kita rasa buruk untuk kita tetapi tidak bagi Allah, itu yang terbaik untuk kita....kita hadapi lah dengan redho.... janganlah sesekali menyesal apa yang berlaku tetapi bersyukur...

Aku teringat satu peristiwa yang berlaku pada aku....7 tahun yang lalu aku bertekad untuk berhenti kerja dari sebuah bank. Bayangkan lah hampir 26 tahun aku bekerja di situ. Aku naik dari bawah hingga ke peringkat yang agak membanggakan dan aku bersyukur...tetapi tiba2 aku rasa bosan dan hendak berhenti dari situ sedangakan aku tidak ada pekerjaan lain dan aku masih mempunyai anak2 yang masih bersekolah. Pendapatan suami mungkin cukup2 sahaja tetapi tidak dapat bermewah2 seperti aku bekerja...tetapi aku nekad dan terus berhenti dan meninggalkan gaji yang agak lumayan...NEKAD

Kehidupan aku semasa tidak bekerja boleh di katakan sederhana sahaja tetapi amat membosankan aku.... Aku sudah terbiasa dengan kehidupan yang sibuk tetapi sekarang aku rasa terlalu "relax" dan tidak mencabar langsung...mungkin anak2 aku sudah besar dan aku selalu keseorangan di rumah. Walaupun aku mengisi kekosangan aku dengan menghadiri kuliah,pegi gym dan berniaga kecilan2, tetapi aku rasa kehidupan aku tidak mencabar seperti aku bekerja. Aku terpaksa juga berjimat cermat, kesian juga pada anak2 aku yang sudah terbiasa dengan kemewahan aku berikan (salah aku juga). Tetapi akhirnya mereka terima seadanya...

Aku kira2 mula mahu mencari kerja dengan keizinan suami aku. Alhamdullilah dalam hendak mencari pekerjaan aku di tawarkan kerja oleh seseorang dan tanpa berfikir panjang aku terus menerima tawaran tersebut tanpa memikirkan gaji dan "benefit"nya. Gaji yang aku dapat hanya setengah dari gaji yang pernah aku perolehi....tapi aku tak kisah pun...asalkan aku bekerja semula..

Pada akhir Ogos 2005 aku mula bekerja dan aku sangat sukakan pekerjaan aku ini. Tidak banyak bezanya pekerjaan aku dulu dan sekarang hanya aku sebagai ketua syarikat aku agak bebas menerajui mengikut kehendak aku....dan alhamdullilah dengan berkat kesungguhan, syarikat bertambah maju insyallah akan aku usahakan lagi untuk terus membesar dengan kerjasama dan kesungguhan staff2 aku. Mereka semua nya sungguh berkomitted dengan pekerjaan mereka.. Apa yang aku bersyukur, aku dapat memimpin staff aku cara aku...dulu aku tak dapat nak serapkan nilai2 islam di dalam pekerjaan, sekarang aku dapat...aku ajak staff2 aku berkumpul sebelum mula bekerja dan di mulakan dengan bacaan doa...kemudian tazkirah dan baru lah ada "briefing" dan boleh mulakan pekerjaan begitu lah tiap2 hari kami bekerja kecuali hari Jumaat dimana semua staff2 dijemput untuk mendengar kuliah yang dianjurkan oleh "Group Company".......Aku juga dapat berhenti bekerja seketika bila mendengar azan dan juga staff aku dan teruskan solat berjemaah sama ada di Masjid, atau di pejabat jika tidak berkesempatan atau pun hujan lebat....sedangkan di tempat kerja lama aku hanya dapat bersolat di hujung2 waktu kerana banyak kerja yang tak boleh di tunda atau sebagainya.

Aku bersyukur mendapat Ketua2 yang sangat mementingkan nilai2 Islam semasa waktu bekerja...jadi tidak susah aku "implementkan " cara aku di syarikat yang aku terajui ini...mereka sentiasa memberi sokongan pada ku dan begitu juga dengan staff2 aku....

Sekarang baru aku sedar mengapa aku hendak berhenti bekerja di tempat lama dengan meninggalkan gaji yang agak lumayan......semua nya kehendak Allah, sebab Allah maha mengetahui... kita tidak mengetahui...apa yang berlaku 7 tahun yang lepas ini lah hikmah nya...alhamdullilah.

Thursday, December 2, 2010

BERSENAM LAH...

Salam rakan2 ku, hari ini aku ingin bersantai sahaja. Yang sebenarnya aku sedang demam....tetapi tidak lah teruk cuma agak terganggu sedikit pergerakan ku, badan2 ku rasa sakit2 sikit dan hidungku tersumbat sedikit. Syukur alhamdullilah masih boleh bangun dan bekerja cuma aku tidak melakukan senaman seperti biasa.

Bila keadaan macam ini memang aku rasa sangat bersyukur masih boleh bergerak kesana sini dan bersolat seperti biasa. Bayangkan lah ketika kita sakit...Essh rasa gerun pada diriku...Bila sudah sakit terlantar apa pun kita tak boleh buat.....sahabat andai, anak2 dan suami atau isteri hanya simpati sahaja tetapi yang menanggung kita seorang...

Jadi jaga lah kesihatan kita. Tubuh yang Allah berikan pada kita, ada lah satu amanah untuk kita menjaganya. Disiplinkan lah diri kita dengan menjaga makan kita, selalu bersenam...aku menganggap senaman itu seperti memberus gigi...mesti buat kecuali keadaan tidak mengizinkan seperti sakit, demam dan sebagainya. Kadang2 memang rasa malas untuk bersenam tetapi kena paksakan diri...dengan senaman lah insyallah badan kita merasa segar dan cergas. Satu ketika, aku memang kurang bersenam dan sentiasa rasa malas untuk melakukan dengan kemalasan aku itu, badan ku naik bagai di pam pam...dan selalu rasa tidak sihat dan stress dan mendapat darah tinggi. Tetapi dengan rasa kesedaran, aku memulakan rutin ku semula yang aku lakukan bertahun2 dan insyallah sekarang kembali cergas semula dan darah tinggi ku pun "under control". Setakat demam sikit2 tu adat lah, tetapi aku bersyukur dengan umurku aku masih boleh bergerak cergas.

Ayuh rakan2, adek2 ku, anak2 ku, disiplinkan diri untuk melakukan senaman demi untuk kesihatan kita dan sentiasa sematkan pada diri kita tubuh kita amanah Allah untuk kita menjaganya....selagi hayat di kandung badan...Jangan mengatakan tidak ada masa, cari lah masa untuk melakukan walaupun sebentar seperti 15 min sehari...kita boleh menonton TV seperti tengok berita atau program kegemaran kita tetapi hanya duduk sahaja, bukankah masa itu kita boleh melakukan senaman sambil menonton TV? pandai2 lah kita mencuri masa untuk melakukan nya.....seperti pernah ku katakan dulu (kata2 guruku)...hidup ini jangan memberi alasan tetapi cari jalan..untuk melakukannya...

Sunday, November 14, 2010

Waktu Uzur (haid)

Sekali ini aku ingin berkongsi apa yang patut kita lakukan ketika kita wanita sedang uzur atau haid. Maaf ini agak terbuka, tetapi patut kita renungkan dan perbaiki diri kita dari tabiat2 yang kita lakukan ketika kita dalam keadaan uzur.

Dahulunya bila aku uzur (haid) aku sangat suka, dan aku rasa aku boleh buat apa saja yang aku suka, pergi shopping berjam2, kalau duduk rumah tu boleh pula tak mandi dan buat kerja rumah tak berhenti2 dan semestinya aku dalam keadaan selekeh dan busuk dan menonton TV tak kira waktu. Pendek kata aku boleh buat apa yang aku suka dan tidak fikir hendak bersolat. Aku rasa Allah bagi kita bonus untuk kita tidak mengerjakan solat. Memang betul Allah merehatkan kita dari melakukan kewajipan solat. Tetapi itu bukan tiket untuk kita melupakan Allah.

Yang sebenarnya ketika kita berkeadaan uzur, kita sentiasa di ingati supaya memperbanyakan berzikir agar kita terus beristiqamah tidak melupakan Allah. Apa yang aku di sarankan dan di ajar agar sentiasa mengingati waktu solat walaupun kita tidak bersolat. Hormati waktunya ketika orang lain bersolat. Kita harus duduk diam seketika dan berhormati waktunya, bukan bergelak ketawa atau bershopping atau membuat kerja dunia.

Kalau kita sudah sentiasa bangun pagi2 seperti pukul 4 pagi untuk mengerjakan solat tahajud dan yang lain2, kita teruskan bangun pagi seperti biasa duduk diam2 mengadap kiblat dan teruskan berzikir, dan selebihnya kita baca buku agama untuk menambah pengetahuan ilmu agama, muhasabah diri dan selepas itu buat lah apa yang patut dan yang kita suka. Pentingnya apa yang kita lakukan sewaktu kita keadaan bersih kita teruskan kecuali kita tidak boleh bersolat dan membaca alquran.

Dengan cara ini kita akan cepat dapat semula mementum kita dalam keadaan bersih. Kita sentiasa merindui Allah dan ingin cepat dalam keadaan bersih semula. Insyallah kita tidak lalai. Begitu juga dalam bulan puasa terutama 10 hari yang terakhir, kita bangun juga tengah malam dan duduk berzikir2 dengan seikhlas2nya.

Semoga kita semua dapat teruskan istiqamah walau dalam keadaan apa jua. Kita harus melatihkan diri kita sentiasa mengingati Allah dan merindui Allah, insyallah Allah akan sentiasa mengingati kita juga......

Sekali lagi aku mengingati diri ku dan juga rakan2 jadualkan lah hidup kita, seperti berzikir, menambahkan pengetahuan kita dengan membaca dan mendengar kuliah. Kalau hari2 kita dapat buat seperti ini insyallah hidup kita lebih bermakna dan teratur dan sentiasa mengingati Allah walaupun dalam keadaan uzur....

Kita akan bertanya macamana kita hendak dengar kuliah dalam keadaan uzur, insyallah dalam keadaan zaman IT dan serba canggih ini, banyak cara kita boleh lakukan Salah satunya dengan mendengar kuliah dari TV, banyak siri2 ugama di TV, dan surf dari internet banyak sekali kuliah2 kita boleh dengar...ini terpulang pada kita, tidak ada alasan untuk kita tidak dapat mendengarnya...

Aku sangat berpegang dengan ungkapan dari guruku "jangan bagi alasan cari jalan..." dan aku jadikan ini sebagai ingatan dan panduan pada diriku dalam kehidupan seharian ku...insyallah semua boleh di lakukan jika kita bersungguh2....

Friday, November 5, 2010

KEBERSIHAN SANGAT DI TUNTUT

Salah satu cara kita sentiasa mengingati diri kita dan patuh dengan perintah Allah ialah dengan menghadiri kuliah2 ugama. Insyallah dengan menghadiri atau mendengar kuliah2 ugama kita akan sentiasa takut dan patuh dengan perintah Allah.

Semalam aku baru mendengar kuliah dan aku rasa patut aku kongsikan bersama dengan rakan2 sekelian. Mungkin ini perkara lama tetapi kita ini diibaratkan seperti batteri yang perlu di charged selalu.

Daripada Ibni "Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W. melalui ia atas dua kubur, maka sabdanya. Bahawasanya keduanya kena 'azab dan tiada di azabkan keduanya pada yang besar. Adapun ini maka adalah ia tiada bertutup ia daripada kencingnya, dan adapun ini maka adalah ia berjalan dengan mengacum (menghasut).

Hadis
ini hadis Hassan Shahih dari kita kitab Bahru Al-Madzi Juzu 1.

Hadis ini membuktikan adanya azab kubur. Orang2 yang melakukan dosa2 akan menjalani azab kubur.

Hadis ini juga menyatakan jika kita tidak menjaga kencing kita dan suka menghasut orang akan di kenakan azab didalam kubur.

Secara ringkasnya apa yang di maksudkan dalam hadis tersebut ia lah kita harus menjaga kencing kita, basuh kencing sampai bersih supaya jangan kena ke badan seperti paha dan pakaian kita. Bersihkan kecing kita dan jangan bagi kencing kita merecik. Kalau kita lakukan juga ada lah dosa besar.

Maksud di katakan dosa besar ini ada kaitan dengan solat kita. Cuba kita renungkan semula kalau kencing itu ada lah najis, jika kita tak bersihkan najis nya dan seteruskan kita bersolat sudah tentu solat kita tidak di terima dan jika solat kita tak di terima sudah tentu kita dikira menginggalkan solat dan meninggalkan solat itu ada lah dosa besar. Jadi berhati2 lah ketika kita kencing, jaga lah adab2 nya, terutama kebersihan nya agar solat kita terpelihara.

Dan satu lagu azab yang akan kita terima jika kita suka menghasut rakan2 kita. Perbuatan menghasut nya dari segi kemanusian pun memang di keji apatah lagi dari segi ugama. Berhati2 lah ketika berkata2 dengan rakan2 kita jangan sampai jadi menghasut membuat seseorang jadi marah, berkelahi dan sebagainya.

Kesimpulan nya jaga lah kencing kita dan jangan lah jadi seorang penghasut kerana kita akan di azab di kubur jika kita lakukan seperti yang telah di sebut dalam hadis.

Nah..rakan2 ku walaupun ini bab kecil iaitu kencing tetapi impak pada kita sangat kuat,silap2 kita akan di azab di kubur jika kita tidak lakukan seperti yang di tuntut. Islam betul2 menuntut kebersihan agar ibadat2 yang lain khas nya solat kita di terima dan sifat menghasut kawan2 sangat di tegah dalam ugama kita.

Semoga kita pelihara adab2 yang di tuntut dan menjadi seorang yang sangat baik budi pekerti...

Thursday, October 28, 2010

SIFAT AMARAH SIFAT MAZMUMAH

Kadang2 keadaan di sekeliling ku membuat aku rasa jelik. Terutama bila melihat orang marah2 tak tentu arah. Sifat amarah ini memang sifat mazmumah. Kita harus kawal sifat amarah ini..terutama di tempat kerja.

Dan bila kita marah kita menyusahkan semua orang..Contohnya sebagai ketua bila marah2 pada orang bawahannya, sudah tentu orang bawahan nya rasa takut, dan ini boleh melibatkan kreativiti seseorang terbantut. Apa salah kita mengajar "staff" kita dari memarahi mereka kerana melakukan kesilapan kecil sahaja.

Aku menulis ini dari pengalaman aku sebagai pekerja bawahan hingga menjadi ketua pejabat...Aku tau beza nya bila mempunyai boss yang suka marah2...kita memang tak boleh berfikir, hanya bekerja ikut arahan sahaja, mereka akan rasa kerja yang mudah ini menjadi begitu sukar... Atas pengalaman tersebut aku berazam jika aku menjadi boss aku tak mau jadi seperti itu, dan alhamdullilah aku cuba sedaya upaya tunaikan azam aku. Aku hanya mengajar mereka, hanya memarahi jika kesalahan2 itu sentiasa berulang2..dan memang ternyata mereka memberi sepenuh nya kommitmen pada pekerjaan mereka dan mereka kreatif serta innovatif. NNaaah...ini kan mempermudahkan kita sebagai ketua...jadi banyak perkara lain boleh aku lakukan untuk memajukan syarikat...."Kerja yang sukar di permudahkan, kerja yang mudah lagi di permudahkan".

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan" Surah Al-Inshirah (Lapang Dada) ayat6

Aku berpegang biar "staff" kita tak takutkan kita sebagai ketua tetapi hanya menghormati kita....dan aku selalu berharap biar kita semua sentiasa rasa gembira pergi bekerja. Kerana bila kita berperasaan begitu, kita jadi ikhlas bekerja mencari rezeki dan berpegang kerja ini salah satu ibadat kita...

Ayuh rakan2 ku, buangkan sifat amarah itu dari diri kita. Kawal sebaik mungkin. Sifat amarah itu boleh membuat kita menjadi stress, tampak di wajah kita sentiasa masam, kusut tidak menarik...dan yang paling penting sifat amarah itu ada lah sifat mazmumah (sifat tercela). Allah tidak suka pada orang yang suka marah2.

Semoga kita semua mempunyai sifat2 terpuji...amin...

Tuesday, October 26, 2010

Budi Bahasa

Budi Bahasa sangat penting bagi mencerminkan keperibadian seseorang. Tetapi nampak gaya generasi sekarang tidak beberapa mengindahkanya. Generasi sekarang bertutur ikut sedap mulut sahaja tidak peduli perasaan orang lain.

Perkataan "bodoh", "bahlul", "sial", "celaka" dan macam2 lagi seolah2 menjadi zikir pada mereka.Aku rasa sangat kasihan pada mereka dan lebih simpati pada anak2 mereka. Bila aku buka email atau melihat keadaan di sekeliling...kadang2 aku rasa tak larat membaca atau mendengar bila mereka mencaci seseorang dengan perkataan2 sebegini....

Dan mereka bukan terdiri dari kaum Adam sahaja malah kaum Hawa pun lebih kurang sama sahaja. Mengapa jadi begitu? Aku pun kurang pasti.

Akhlak kita sebagai orang Islam sudah tercemar kerana berperangai begini. Keayuan seseorang wanita hilang sekelip mata sahaja apabila kita mendengar mereka bertutur dengan bahasa yang kasar dan tidak ada kelembutan langsung. Aku sangat terkilan bila melihat wanita2 muda berperangai begini. Kita boleh lihat ramai wanita sebegini...kalau tak percaya pergi lah keshopping complex dan lihat telatah mereka walaupun tak semua berperangai sebegini...

Islam sangat menuntut kita mempunyai akhlak yang baik dengan bertutur dengan perkataan baik2 belaka dan menunjukan perbuatan yang baik2...

Ayuh rakan2 ku didik lah diri kita dengan selalu berkata2 yang baik2 belaka, sentiasa bersikap lemah lembut. Bersikap lemah lembut bukan bererti kita lemah, kita boleh tegas dengan apa yang kita tuturkan dengan mengunakan bahasa2 yang lembut dan amat berkesan di hati orang mendengarnya....

Semoga kita semua di kurniakan dengan sifat2 dan budi pekerti yang baik, indah di mata dan indah di hati...

Monday, October 11, 2010

SOLAT JENAZAH

Aku dan juga mungkin ramai rakan2 sekelian selalu menziarah sahabat2 atau kaum keluarga kita yang telah kembali ke rahmatullah.... dan sudah tentu kita merasa sedih di atas kehilangan mereka.

Tetapi aku merasa lebih sedih bila melihat telatah2 orang2 yang datang menziarah. Ada yang duduk sahaja termenung dan ada juga berbual2 dengan rakan2 mereka. Masa tu lah sibuk bertanya macamana simati itu meninggal, sakit apa dan macam2 lagi. Menziarah orang mati ada lah sunat dan mendapat pahala tetapi perbuatan kita kadangkala boleh mendatangkan dosa. Jadi berhati2 lah ketika menziarah orang meninggal...Seeloknya kita datang dan baca surah2 yang di galakkan pada simati...dan bersolat jenazah...

Apa yang aku nak ceritakan di sini ada lah orang ramai datang menziarah tetapi berapa kerat sangat lah orang ramai bersolat jenazah? Jika di masjid ramai yang menghantar jenazah tetapi berapa kerat sangat yang solat...kadang2 yang wanita2 tu sanggup duduk di dalam masjid menunggu orang ramai habis bersolat jenazah. Ini aku rasa sungguh sedih...dimana tanda kasih sayang kita dengan simati? cuba2 fikirkanlah...

Mengerjakan solat jenazah ada lah fardu kifayah tetapi atas dasar kasih sayang kita pada simati untuk meringankan beban simati dan juga menambahkan lagi mertabatnya di sisi Allah sangat baik dan di galakkan kita menunaikan solat jenazah.

Aku dulu pun amat jahil dengan solat jenazah ini tetapi semasa aku di Mekah, tiap2 waktu ada sahaja orang meninggal dunia dan ramai lah jemaah menunaikan solat jenazah. Aku rasa gerun dan takut bila pula tiba waktu ku dan adakah orang akan bersolat jenazah untuk aku.

Ketika itu aku tak tahu pun nak solat jenazah maka aku bertanya pada orang2 di situ bagaimana nak menunaikan dan mereka mengajarku, dan seterusnya aku bersolat jenazah lah sehingga aku sudah tidak kekok lagi untuk bersolat jenazah. Tidak susah banyak buku2 rujukan bagaimana kita nak bersolat jenazah cari sahaja lah di kedai buku... dan cuba lakukan.

Ayuh rakan2 ku, jika tidak tahu cara menunaikan, seperti ku katakan tadi cari lah buku2 dan bertanya pada orang2 yang lebih arif untuk melakukan...Ingat lah hari ini rakan2 kita atau saudara mara kita yang pergi dulu, akan tiba masa nya waktu kita...Kalau kita kedekut dan malas lakukan untuk orang, orang pun akan malas lakukan untuk kita.......