Saturday, January 21, 2012

kesihatan

Alhamdulillah aku dah keluar dari hospital dan sekarang berada di rumah dah beransur pulih..walaupun agak lemah tetapi aku bersyukur aku makin pulih...Aku terpukul dengan berita Izwan Pilus seorang penyanyi meninggal dunia akibat jangkitan paru2....serupa penyakit yang aku hidapi ini....sungguh tak sangka pendek umur nya....dan sekali lagi aku amat bersyukur Allah memberiku peluang untuk jalani hidup ini lagi....Alfatihah untuk keluarga Izwan Pilus

Syukur alhamdulillah....

Di sini aku ingin mengingati rakan2 ku sekelian...pergi lah jumpa doktor jika anda batuk2....aku yang sebenarnya ambil ringan sebelum ini kerana ku sangka batuk ini hanya batuk biasa walaupun dah sebulan aku mengidapi nya....kerana ku rasa sihat, aku boleh buat kerja seperti biasa, boleh buat senaman hari2 yang sentiasa aku lakukan jadi aku tak rasa kelainan langsung. Aku ingat aku sihat....rupa nya batuk yang lama agak merbahaya....jadi berhati2 lah bila anda batuk, sekali lagi aku sarankan jumpa doktor...jangan jadi macam aku bila dah demam baru terasa teruk dan merana di buat nya tapi ku pasrah kerana ini kehendak tuhan....semua nya tergendala, aku tak dapat bekerja seperti biasa, bercuti menyusahkan staff aku datang ziarah ke hospital dan macam2 lagi, menyusahkan suami ku, anak2 ku...pendek kata semua orang susah kerana sakit yang ku hadapi....apa lagi dengan diri ku....tak bermaya langsung, makan tak lalu, mengigil selalu kerana lemah, ubat berpuluh2 biji di telan sehari...dan rasa hidup ini macam tak bermaya langsung....

Syukur alhamdulillah aku kembali seperti biasa walaupun tak sepenuh nya...boleh bersolat berdiri semula, mengaji dan membaca buku walaupun fokus tak lah seperti dulu tetapi aku yakin insyaAllah aku akan kembali seperti sediakala....

Sekali lagi ku ingatkan jangan ambil mudah dengan batuk....sangat merbahaya jika paru2 telah di jangkiti kuman....sangat merbahaya....boleh bawa maut.....bukan kerana kita takut mati tetapi tanya pada diri sendiri adakah bekalan kita ini mencukupi?.....

Jika tidak...jagalah kesihatan agar ibadat kita tidak tergendala..dan dapat terus beristiqamah....


Salam

Monday, January 16, 2012

Hari ini hari yang kelima aku berada di hospital kerana sakit radang paru2 atau bronchitis. Kira2 seminggu lah aku jatuh sakit. Terasa badan ini agak uzur. Tak banyak dapat aku lakukan hanya dengan berbaring dan berehat serta di sulami dengan ubat bertimbun2 terpaksa aku telan. Sakit sekali ini mengajar aku banyak bersabar.

Yang sebenarnya aku dah mengidap batuk dah lebih dari sebulan, tapi aku biarkan aje tanpa pergi berjumpa doktor, paling ku usahakan beli ubat batuk di farmasi dan makan sebelum tido itu pun bila teringat. Aku tak rasa pun tak selesa malah aku masih boleh teruskan kerja harian aku, buat senaman hingga berpeluh2 seperti biasa. Pendek kata batuk tu tidak menggangu langsung sebab tu aku biarkan aje. Tetapi pada hari selasa lepas aku sudah mula rasa tak sedap badan demam2 sikit, aku terus bekerja seperti biasa hingga lebih kurang pukul 3 aku dah tahan sangat meminta staff antar apa2 dokumen untuk aku tandatangani secepat mungkin. Kemudian aku memandu pulang. Tak berapa stabil aku memandu tapi aku bawa juga dan berserah pada Allah dan selamat sampai rumah.

Aku terus tidor dan rehat hampir pukol 5 aku bangun untuk solat asar dan rehat seketika. Bila malam lepas solat isyak aku terus tido lagi. Memang tak larat di buat nya. Keesokan pagi aku mengajak suami ku pergi klinik kerana rasa badan ku panas lagi dan pergi lah kami. Doktor memberi ku 2 hari MC suruh rehat di rumah. Aku cuma senyum aje kerana aku akan datang kerja esok hari walaupun MC. Tapi badan ku tak sekuat yang ku sangkakan. Keesokkan hari aku bertambah teruk walaupun dah makan ubat. Lepas asar aku sesak nafas hampir2 aku pengsan di buatnya. Anak ku pujuk ku pergi hospital dan aku setuju kerana ku rasa hampir hilang nyawa di buat nya. Terbayang ketika itu ya Allah banyak lagi aku berhutang dengan mu bagi lah aku peluang, ku rasa dunia ni gelap seketika sambil ku beristifar banyak2.

Tiba di hospital ku di beri pernafasan oxygen dan baru ku rasa sedikit lega. Aku di masukkan ke wad untuk siasatan rapi lagi. Dan akhir nya aku di diagnosed bronchitis, lung infectious dan juga asma. Lepas 3 hari baru demam ku reda. Satu peringkat dah selesai. Sekarang mereka tumpukan dengan rawatan paru2. Aku terpaksa pakai drip kerana tak berselera nak makan, antibiotic injection dan juga antibiotic drip. Ubat2 secekak aku terpaksa telan dan sedut oxygen 3 kali sehari. Pagi2 buat fisioterapi untuk keluarkan kahak dan lendir di dada. Banyak juga aku kena harungi. Semua nya aku lalui dengan sabar. Rakan2 , sahabat andai dari jauh dan dekat datang menziarahi ku memberi semangat pada ku. Terima kasih semua.

Ku fikir sakit ku ini tak lah seteruk orang lain yang mengidap kanser dan lain2 aku bersyukur pada Allah.

Hari ini aku rasa sedikit baik dari semalam tapi ku di kejuti dengan hidung ku pula berdarah. Baru buat ct scan. Semoga tidak ada apa2 berita buruk lagi. Aku berdoa dan terima dengan redha.... Amin

Friday, December 30, 2011

Alam rumah tangga

Sebagai orang tua, aku banyak mendengar rintihan2 orang lain dalam mengharungi kehidupan rumah tangga mereka...cerita2 mereka selalu aku jadikan iktibar untuk diriku dan keluarga ku.

Setiap insan inginkan kebahagian dalam kehidupan mereka. Apabila mereka mendirikan rumahtangga mereka akan membayangkan kebahagian menanti di hadapan dengan kehidupan yang tenang, anak2 yang comel dan suami atau isteri yang penyayang.

Tetapi setelah berkawin, kadangkala apa yang di harapkan hanya mimpi di siang hari...mengapa jadi begitu? Aku selitkan rungutan rungutan yang telah ku dengar dan kita ambil iktibar atas rungutan mereka dan kita cuba perbaiki pada diri kita jika ada rungutan sebegitu.


Senario 1

Isteri merungut, husband aku tu too much lah...dah lah kita bekerja, bila balik rumah asyik tengok tv, computer atau baca paper, aku ni macam orang gaji aje semua aku nak kena buat..dah lah dari segi kewangan aku pun sama bantu hingga aku nak beli untuk diri sendiri pun terpaksa batalkan hajat aku kerana kesempitan wang....dia tau nak relax aje...menyampah aku....baik tak usah kawin lagi senang.....

Pernah dengar kan? ya lah sebagai isteri memang tugas nya melayan suami dan anak2 jaga makan minum nya tetapi kalau isteri bekerja apa salahnya suami pun bantu isteri buat kerja rumah...kalau nak di layan sebagai raja jangan bagi isteri bekerja...tetapi kalau isteri bekerja untuk membantu ekonomi rumahtangga elok lah sisuami sama2 bantu isteri buat kerja rumah jaga anak2...aku rasa suasana begini lagi menambahkan kemesraan di antara suami isteri...ialah masak sama2 tolong potong bawang, sayur dan berkemas, melayan anak2 sama2...kan bahagia tu....tidak di nafikan jika isteri buat semua ganjaran dari Allah tak dapat kita bayangkan masyaallah memang isteri mendapat pahala percuma aje bila melayan suami dan menjaga anak2 dengan seikhlas2 nya...jadi wahai isteri2 jangan lah merungut buat aje yang termampu dan suami kalau kasihan dan sayangkan isteri dari berdosa kering aje tolong lah isteri...dan isteri jika sayang suami ikhlas lah membantu suami agar sama2 mendapat keberkatan....

Senario 2

Di pejabat seorang suami memuji rakan perempuan nya ...you ni cantik lah, pandai jaga badan bukan macam isteri I, baru anak satu dah gemuk tak ada selera lah tengok dia...alangkan sedih jika si isteri mendengarnya.

Aku rasa si suami patut berterus terang dengan isteri buat sesuatu pada badan nya dan tolong isteri untuk mendapatkan badan idaman nya seperti rakan sekerja nya...ini tidak mengutuk aje di belakang isteri....kadang2 harapan suami pun terlalu tinggi dah beranak pinak nak badan isterinya macam artis...

Aku berpendapat jika suami ada duit dan nak isterinya badan macam anak dara dulu keluarkan duit tu hantar isterinya ke slimming center atau bimbing dia macamana nak jaga pemakanan untuk menjadi slim...kalau tidak terima lah isteri seadanya...

Senario 3

Seorang lelaki menegur kawan nya kau ni kan dah kawin pun asyik makan luar aje sorang2 tak pernah nak bawa anak isteri kau makan sama....bawa lah atau makan lah di rumah bersama2 mereka....Kawannya menjawab aku tak selera lah nak makan di rumah isteri aku tu tak pandai masak asyik2 lauk tu aje tak selera aku....baik aku makan sorang2 di luar ni macam2 ada...

Memang ramai lelaki merungut macam ni.....menjadi isteri ini kena kreatif..dari segi penampilan diri, masak, jaga rumah semua nya kena kreatif...agar suami tak jemu...sebab itu aku katakan menjadi isteri amat mencabar...banyak kita kena teliti dalam menghadapi kehidupan kekeluargaan ini seperti menjaga makan minum suami, anak2 agar mereka tidak jemu duduk di rumah bersama kita.

Kalau kita tak pandai masak, belajarlah, banyak info2 terdapat dari media, majalah, internet dan sebagainya...cuba dan cuba hingga menepati citarasa suami dan anak2...suami pun bagi lah sokongan baru lah bersemangat si isteri...

Banyak lagi cerita2 yang ku dengar dan aku selalu jadikan iktibar untuk diriku dan anak2 ku untuk mereka mengharungi rumahtangga mereka.

Pada ku dalam kehidupan kekeluargaan ini yang paling penting ada lah patuh perintah Allah dan jauhi larangan Nya...dan kedua saling faham memahami pasangan kita, ketiga terima seadanya pasangan kita..keempat berterus terang selalu dan cuba perbaiki kelemahan masing2 kelima selalu gembirakan hati kita insyaallah orang di sekeliling kita akan turut rasa gembira dan bahagia. Yang tidak dapat kita ketepikan fahami lah tugas2 kita mengikut syarak. Banyak lagi tips2 untuk mendapat kebahagian berumahtangga ni terpulang lah pada kebijaksanaan kita untuk mencari....dan mencorakkan warna warni rumahtangga kita..

Semoga kita menikmati kebahagian rumah tangga kita ke akhir hayat...amin

Monday, November 28, 2011

Cinta zaman sekarang



Sekali ini entri ku agak lain dari yang sudah2..aku selit sebuah lagu yang amat menyentuh jiwa ku dan menghela nafas ku memikirkan nasib2 wanita dan remaja zaman sekarang.

Cuba perhatikan dan hayati lirik lagu ni....ianya mengisahkan seorang wanita yang telah di tinggalkan. Lelaki ini memujuk untuk melupakan nya. Senang ya seorang lelaki meninggalkan seorang wanita yang telah di tiduri. Walau ianya hanya sebuah lagu tapi itu lah keadaan sekarang percaya pada seks sebelum berkawin...Sudah terang Islam melarang kita berzina tetapi ramai di kalangan kita sekarang melakukan perzinaan...ini tidak berlaku pada remaja sahaja malah semakin menular pada para isteri2 dan suami2 orang..Alangkah sedih ya berlaku di masyarakat kita...

Tidak kah kita wanita sedar jika kita senang menyerah diri kita kepada lelaki sebelum bernikah, percaya lah lelaki itu dengan mudah akan meninggalkan kita...kerana mereka rasa kita tidak tahu menjaga kehormatan kita...aku seru pada semua wanita dan para pembaca jaga lah kehormatan kita sebagai anak gadis, isteri orang dan sebagai janda...lelaki sekarang tidak sama dengan lelaki dahulu...jangan terpedaya dengan pujuk rayu mereka...semua ada lah tipu daya mereka menawan hati kita kaum wanita...cuba hayati semula lagu camelia ini....dan muhasabah diri...

Aku menulis ini kerana perkara begini sudah seolah2 menjadi kebiasaan di zaman sekarang..almaklum lah senang kita nak berhubung di alam maya...macam2 boleh berlaku...kita wanita mesti sedar akan kejadian begini boleh berlaku pada kita, anak2 kita, adik2 kita saudara2 kita...sesama lah kita mengingati antara satu sama yang lain...

Takuti lah hukum Allah, seronok dan keindahan bercinta hanya sebentar tapi perasaan merana diri memakan masa untuk di hilangkan...apatah lagi hukuman menanti di akhirat jika kita tidak sempat bertaubat...

Semoga kita, keluarga kita, anak2 dan adik2 kita serta sanak saudara dan juga semua kaum muslimah selamat dari pancaroba ini ...amin..

Sunday, November 20, 2011

Hukuman di Dunia

Malam tadi aku dan suami ku menghadiri kenduri kawin selepas Isyak agak terlambat juga tetapi aku lebih suka datang lambat setelah selesai tanggungjawab ku baru aku rasa selesa untuk keluar menghadiri apa2 majlis pun.

Bila sampai ke kawasan parking, aku terdengar orang bertempek kuat dan aku dan suami dapati ramai pengawal sekuriti berada di situ...rupa nya mereka ternampak orang sedang cuma mencuri atau memecahkan pintu kereta yang berada di situ. Lalu mereka menangkap pencuri tersebut yang tidak ada kesempatan untuk lari.

Mereka mengheret pencuri dan memarahi dan memaki hamun juga...aku melihat dari jauh muka pencuri itu, dia tertunduk malu dalam keadaan lemah longlai, timbul perasaan kasihan dan simpati pada nya...aku dan suami ku terus terdiam dalam kereta dan mencari tempat untuk meletak kereta kami. Aku tidak tahu punca mengapa dia sanggup melakukan kerja tersebut mungkin desakan hidup....tetapi terdetik hati ku si pencuri itu telah mendapat hukuman di dunia lagi...siap di maki hamun, pukul dan juga maruah diri tergadai... itu peringkat di situ aje, aku bayangkan lagi apatah lagi di akhirat ya...aku jadi takut dan terus berdoa Ya Allah pelihara lah diri ku dan suami ku dari sebarang kemungkaran, begitu juga anak2 ku, adik beradik ku, kaum kerabat ku dan juga rakan2 ku Ya Allah jauhi lah kita dari melakukan sebarang kemugkaran....sekali lagi aku berdoa dengan penuh harapan....

Satu pengajaran bagi ku dengan peristiwa tersebut walaupun mungkin kecil pada orang lain tapi ianya membuat aku rasa lebih insaf dan takut baru di dunia telah nampak balasannya apatah lagi di akhirat....itu baru dosa mencuri, apatah lagi dosa2 yang lain...eeesh seramnya aku....

Sunday, November 6, 2011

Harapan orang tua...

Pada tahun ini memang ku rasa suami ku selalu sakit dan agak teruk juga kadang2 tak boleh bangun atau jalan terhinjut2 kerana kesakitan di kaki dan pehanya baru pulih dari sakit sekarang sakit di tengkuk dan sebelah bahu dan tangan nya sakit hingga dia tidak boleh tidur malam. Kesian pula aku melihatnya, kadangkala menitis air mata ku melihat dia kesakitan, bayangkan lah selama berpuluh2 tahun kami mengharungi hidup bersama2 banyak pahit getir telah kami lalui tapi bila dia sakit aku tidak dapat tanggung bersama2 hanya simpati dan menjagai nya yang dapat ku lakukan seperti membelainya dengan mesra dengan kasih sayang. Walaubagaimana pun keadaan nya sudah reda tapi tidak lah pulih, menurut kata doktor penyakit yang suami ku lalui ini banyak berlaku pada umur2 macam kami dan ianya tidak boleh pulih hanya boleh mengawal nya sahaja. Ianya akan bersama hingga akhir hayat. Bila kami mendengar nya kami redho kerana kami tahu kami telah di mamah usia. Penyakit yang tidak merbahaya tetapi membuat pesakit nya sentiasa tidak selesa. Tak apa lah ini semua kaffarah mencuci dosa2 yang kita lakukan, ku berharap begitulah.

Dan sekarang aku pun sudah mula merasai badan2 ku juga di mamah usia. Bila hendak bangun tidor amat lah sukar kerana sakit di belakang ku..ku teringat kata rakan ku yang mengalami seperti ku juga...dan kami berkata kita ni dah tua .....badan2 sudah mula tidak selesa dan rasa sakit sana sini...dan lagi satu aku perasan kadang2 bila berbual dengan orang seangkatan ku atau yang lebih tua ada yang telah lupa2 sedikit....tidak berapa ingat...semoga aku tidak mengalaminya, ku berharap dengan penuh harapan...

Dari luar aku memang nampak sihat dan cergas tetapi aku sudah mula mengalami kehidupan tidak selesa sebelah malam namun aku bersyukur kerana masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa...mungkin Allah memberi nya agar ku berjaga malam untuk bermunajat dengan Nya...aku befikiran positif begitu lah agak2 nya dan aku cuba lakukan seberapa boleh walaupun pun ada huruf "M" atau malas pada diriku...:-)

Bila ku terjaga selalu ku lihat suami pun resah juga..sama lah kami buat apa yang patut untuk menyukuri apa yang kami ada dan telah kami lalui selama ni....dan memohon dari Allah agar beri kami ketenangan dan keberkatan pada kami untuk kami menjalani sisa2 hidup kami ini....

Pagi tadi kami pergi solat Aidil Adha bersama2...ku bertakbir bersama2 dengan jemaah lain tiba2 air mata ku terus jatuh berderai2 tak tahan menanggung kesedihan dan sayu serta syahdu...terasa bertapa kerdil nya aku di sisi Allah yang Maha Besar....dan aku tidak tahu samaada ini ada lah tahun terakhir aku dapat bersolat raya wallaualam....

Wahai rakan2 ku yang masih muda, beringat lah sebelum tua, bersolat lah sebelum kita di solatkan, beribadat seolah2 kita akan mati esok dan bekerja mencari rezeki seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi.

Sentiasa lah kita melakukan kewajipan kita pada Allah dan buat lah pelaburan di akhirat sebanyak mungkin agar hidup kita di alam fana ini di berkati Allah...perbanyakkan ibadat kita semasa muda dan sihat kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di akan datang.....lihat lah diri ku baru melebih setengah abad telah mula rasa sakit2 walaupun aku bersikap positif tetapi banyak mana lah aku boleh melakukan ibadat seperti orang muda....

Yang pasti aku jangan berhenti mengharap dari Allah memberi kesihatan yang baik pada kami suami isteri.

Salam

Sunday, October 30, 2011

SUMPAH

Minggu lepas aku menghadiri kuliah mengaji dan tafsiran. Ayat yang di baca dan terjemahan ini amat menarik perhatian ku surah Al-Baqarah ayat 224, 225 dan 226. Menceritakan pasal sumpah, kerana faham2 aja lah di negara kita ni terlalu banyak orang bersumpah dan di suruh bersumpah. Kadang2 ada juga orang berkata kenapa lah di negara kita sekarang ni sikit2 bersumpah apa nak jadi lah...begitu lah keluhan orang ramai....

Baik kita tengok ayat 226 ni kerana ini melibatkan rumah tangga kita...cuba kita renungkan ya...aku fokuskan bab rumah tangga kerana apa2 pun semua nya bermula dari rumah....

...Bagi yang bersumpah untuk tidak bergaul dengan isteri-isterinya, ia wajib menunggu empat bulan...Jika ia kembali kepada isteri-isterinya, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang....

Itu terjemahan dari surah Baqarah ayat 226...apa yang aku nak peringatkan diri kita terutama kaum lelaki jangan lah akibat terlalu marah sanggup bersumpah seperti di atas, akhir kita juga yang merana.

Takfsir ayat ini dari tafsir ibnu Katsier ....ayat itu menyebut tentang sumpah ielaa sumpah suami yang mengatakan tidak akan bersama dengan isteri nya dalam satu masa. Jika masa itu kurang dari empat bulan hendak lah di tunggu hingga emat bulan dan jika lebih dari empat bulan hendak lah di had kan hingga empat bulan sahaja.

Kita bertanya ada ke berlaku sumpah sebegini...memang ada dalam masyarakat kita mungkin kerana akibat marah pada isteri nya atau membenci isterinya wallaualam...sebagai lelaki atau suami pelihara lah kemarahan anda...jangan lah sampai berlaku nya sumpah ielaa ini....

Jika si suami hendak bersama semula dengan isteri hendak lah si suami membayar kaffarah...iaitu jika suami itu mampu beri lah makan dan pakaian pada 10 orang miskin, kalau zaman dahulu ada hamba bebas kan hamba jika tidak mampu puasa lah selama 3 hari.....ini ada lah pendapat jumhur ulamak (sebahagian besar)....bukan pendapat qil (sedikit)

Begitu lah kaffarah nya...kan dah menyusahkan diri sendiri....jadi memang Allah melarang kita sesuka hati bersumpah...ayat 224 dan 225 ada juga menerangkan nya pasal sumpah secara am nya...

Jadi kita sebagai manusia harus berhati2 bila bersumpah...jangan ikutkan hati senang sangat nak bersumpah terutama para suami...kawal diri kita...oh ya perlu di ingatkan sumpah ini perlu di serta dengan nama Allah seperti Demi Allah, walillah...kalau kita cakap aku sumpah sahaja....itu tidak di kira bersumpah...

Begitu lah serba sedikit tentang sumpah yang hendak ku kongsikan besama agar kita manusia harus berhati2 dengan sumpah kita...takut di murkai Allah dan membuat kita terpaksa membayar kaffarah dan sebagainya....pendek kata jangan bermain2 dengan sumpah....ku tulis ini memang secara ringkas agar orang awam dan pembaca seperti aku memahami nya..kalau nak lebih faham terperinci elok lah berguru....semoga kita sama2 mengharungi hidup ini dengan kebaikan dan di berkati Allah...amin..