Wednesday, April 25, 2012

Lawatan 3 masjid (Bahagian 1)

Aku memang terlalu teruja membuat lawatan 3 masjid ini....asyik  menghitung hari menantikan waktu nya dan akhirnya pada 9hb April aku meninggalkan Malaysia menuju ke Amman Jordan..

Jejak sahaja kaki ku di bumi Jordan ini terasa kedinginan mmm nyamannya.  Bas telah menunggu rombongan kami dan bawa kami ke hotel untuk bersarapan..perut ku masih terasa kenyang lagi  kerana dalam kapalterbang kami sudah 3 kali di hidangkan dengan  makanan...terasa senak juga perut ku ini...tapi orang dah sediakan makanan, makan lah juga...


                                   Sarapan pagi di Amman
Selepas sarapan kami di bawa pusing2 bandar Amman, lawatan ke blue mosque tak ada apa yang istimewanya...lepas itu kami di tunjukkan penempatan orang2 palestine ...mereka ini di panggil Arab 48....timbul rasa kasihan pada mereka terpaksa merantau kenegara jiran untuk menjalankan kehidupan mereka....

                               
                         Penempatan orang2 Palestine


                                     
Kami sempat bergambar dengan ustaz yang popular juga di TV

            

Makan tengahari

Sudah puas pusing2 bandar Amman kami di bawa untuk makan tengahari, di sebuah restoran yang agak menarik juga.....kami bersila dan di hidangkan dengan makanan mereka bermacam2 makanan hingga tidak  tahu hendak makan.....ada yang sesuai dengan selera kami dan ada juga sukar untuk menelan kerana tidak sesuai dengan tekak orang Malaysia....

Setelah selesai makan kami di bawa ke gua Ar Raqim...di mana terdapat beberapa pemuda yang beriman tertidor melebihi 300 tahun atau 309 tahun dan bangkit semula...cerita ini terdapat dalam alquran surah Al-Kahfi ayat 10 - 26, tetapi ada juga berpendapat gua ini berada di Efesus, Anatolia, Turki (orang2 yahudi dan kristian mempercayai kisah ini berada di sini)...ada juga percaya di Gua di Damsyik - Syria...tetapi banyak yang mempercayai ni di Gua Ar -Raqim....kerana gua ini lebih merupai ciri2 yang gambarkan dalam Alquran.....Apa2 pun kesimpulannya kita percaya kebesaran Allah, kerana kekuasaan nya boleh menidurkan manusia beberapa lama yang Dia kehendaki...Allahuakbar....
 
                           

                            Suami ku di luar gua Ar-Raqim
 
                                 

                
tulang2 pemuda2 yang dapat di kumpulkan


Selepas itu kami di bawa ke pekan Mahis di mana lebih kurang 2 km dari nya terdapat makam Nabi Syuib....dan bersolat di situ...ramai juga pengujung di situ....

                                   
                                 Pemandangan perjalanan ke Makam Nabi Syuib


                                          
                                                    
Makam Nabi Syuib

Setelah bersolat dan lawatan ke Makam Nabi Syuib kami akhir nya di bawa ke sempadan Jordan iaitu Dead Sea atau Laut Mati dan menginap di Holiday Inn Hotel....Hotel nya di kawal rapi....di sini kami menikmati kecantikan Alam ciptaan Allah.....

Kedudukan Laut Mati ni 418m di bawa paras laut di antara tempat yang terendah atas daratan di dunia ini...kemasinan garam ada lah 8.6 X lebih masin dari lautan biasa....tasik ini berukuran lebih kurang 67 km panjang dan lebar 18 km...


                                        
                                                Keindahan di waktu petang
Kawasan ini ada lah umat Nabi Luth kaum Sadom yang engkar perintah Nabi Luth.  Mereka hidup dengan penuh kemaksiatan homoseksual, lesbian mencuri dan lain2 termasuk lah juga isteri Nabi Luth....Allah menghancurkan kota Sadom ini....


                                        
                                                  Keindahan di waktu senja
                                          

                        Keindahan di sekitar hotel di waktu pagi

Begitu lah perjalanan ku untuk hari pertama agak memenatkan tapi banyak yang kami pelajari dari ziarah kami tadi....

Perjalanan ke Palestine akan menyusul kemudian....di sini banyak cerita menarik akan ku kongsikan insyaAllah....


Monday, April 2, 2012

Laibaikallah....

Hati ku berdebar2 menunggu saat pemergian ku ke Jordan - Amman, Palestine - Baitulmuqqadis...Saudi Arabia -Madinah dan Makkah...

Tidak sabarnya aku menuju ketempat2 suci ini....harap aku dapat lakukan ibadatku dengan baiknya...

Tidak lah ada persiapan apa yang hendak di buat...pakaian seperti biasa yang aku pakai sekarang tidak perlu di beli baru...tudung pun serupa memakai tudung seperti aku pergi kerja dan keluar rumah...

Aku hanya harus terus istiqamah melakukan senaman aku agar aku rasa sentiasa keadaan sehat insyaAllah....dan latihkan diri sentiasa istiqamah melakukan ibadat seperti biasa.....

Di harap sekali ini pemergian ku ke Tanah Suci mendapat berkah......Aku sangat teruja pergi ke Baitulmuqqadis, bersolat di sana...kesempatan ini akan ku guna sebaik mungkin....Memang sukar pergi kesana...tetapi aku akan cuba sedaya upaya ku...di harap semua nya berjalan lancar...Mungkin ini kali terakhir aku menjejak kaki ku kesana Tanah Suci ini ...sebabkan faktor umur yang makin meningkat dan juga faktor kesihatan...sebab itu aku kena betul2 pulun bak kata orang utara...pulun mendapat keberkatan di sana...iaitu...Baitulmuqqadis, Madinah dan Makkah.....

Nukilan aku sekali ini pendek sahaja...aku mengambil kesempatan memohon maaf jika tulisan2 ku yang lalu menyinggung perasaan rakan2 sekelian....dan doakan perjalanan ku dan suamiku ini mudah dan selamat serta sentiasa dalam keadaan sihat...

InsyaAllah akan ku kongsi kan pengalaman ku semasa berada di sana ....


Wednesday, March 21, 2012

Sifat Rendah Diri

Perut ku sudah mula berbunyi2 dengan alunan muzik yang deras menandakan aku sudah lapar lalu aku bercadang untuk pergi keluar makan dan mengajak kawan ku makan bersama.

Setiba nya di restoran tu bertambah lapar lagi perut ku dengan air liur sudah mula meleleh melihat lauk pauk yang terhidang....mmmm semua nya menyelerakan hingga sukar aku memillih lauk2 itu..akhir nya aku memilih  makanan kegemaran ku iaitu kari kambing dan sayur serta chili hijau... dan terus mencari tempat duduk dan mula makan dengan berseleranya.

Sedang aku makan, seorang perempuan bertanya pada ku hendak minum air apa dan aku berkata aku nak air kosong...dalam beberapa minit saja air ais kosong terletak di meja ku dan aku melihat air ais dan berkata kepada perempuan tu bukan air ini yang aku maksudkan aku hendak minum air suam aje...lalu dia terus  memarahi aku dan berkata lain kali cakap lah air suam bukan air kosong...aku tersenyum dan tunduk kepala tanda memohon maaf dan terus makan, tanpa rasa apa2 atau marah pada dia semula...kerana memang salah ku...salah pesanan...

Berselera sungguh aku makan habis licin sepinggan tanpa sebiji nasi pun tinggal...bila dah habis makan aku terus pergi ke kaunter pembayaran serta beratur dengan sabar nya menanti giliranku  membayar....bila tiba giliran ku...perempuan cashier tu menghulur tangan nya meminta maaf atas perbuatan nya tadi memarahi aku....aku terkejut dan terpengun dengan kebaikan nya.  Sesungguhnya dia  mempunyai sifat terpuji...walaupun aku tidak memarahi dia atau merungut dengan sikap nya dia tahu dan rasa bersalah atas perbuatan nya terhadap ku....sanggup menunggu ku dan meminta maaf...mungkin pada orang lain ini perkara kecil tapi bagi ku bukan senang seseorang nak minta maaf tambah2 dia toke kedai.....apa dia peduli hilang seorang pelanggan ramai lagi pelanggan akan datang ke restoran nya...memang ternyata makanan nya memang sedap....tapi bukan itu yang ku kenangkan tetapi kebaikan nya dengan rendah dirinya di memohon maaf pada ku...tetap ku kenang sampai bila2 dan sudah pasti aku akan datang lagi...patut lah kedai dia maju....

Begitu lah hidup manusia, kita tidak rugi apa2 kalau kita sentiasa merendah diri....kerana kita ini hanya manusia yang di cipta oleh Allah...apa lah sangat yang ada pada kita hingga ingin sanjungan dan sentiasa angkuh......sifat2 sebegini memang merugikan kita......

Allah menyukai orang yang sentiasa merendah diri, tawaduk dan patuh perintah Nya...harap kita menjadi orang yang di sayangi Allah...amin...

Friday, March 16, 2012

CINTA YANG TERHALANG

Semua orang pernah bercinta, aku pun pernah bercinta.. Hidup orang bercinta ni selalu terkenang orang yang kita cintai...makan, minum, kerja dan tidor selalu teringatkan kekasih kita, dan semua nya indah itu lah hakikat orang bercinta.  Kalau tak jumpa satu hari bagai setahun rasanya...dapat tengok rumah kekasih kita pun sudah cukup untuk melepaskan rindu.....Dan bila cinta terhalang bagai nak rak kita rasa kecewa, merana seperti dunia ini sudah berakhir....Itu lah penangan CINTA.

Itu ada lah cinta kita pada manusia, bagaimana pula cinta kita pada Allah?  Mulut kita sentiasa berkata kita mencintai Allah tetapi selalu nya perbuatan kita tidak mencerminkan kita mencintai Allah.   Malah selalu terhalang cinta kita pada Allah kerana pehak ketiga iaitu SYAITAN...

Kita perlu buktikan kata2 kita yang kita mencintai Allah....Bila kita mencintai seseorang kita sanggup lakukan apa yang orang kita cintai kita mahu kan? Begitu lah juga bila kita mencintai Allah kita sepatutnya patuhi perintahNya dan jauhi laranganNya.  Malah hati kita sentiasa berzikir tanda kita mengingati Allah, selalu menyebut nama Allah.. seperti Ya Allah, Ya Malik, Ya Fattah dan banyak lagi...insyaAllah tenang jiwa kita kerana kita dapat melepaskan rindu kita....dan kita tahu Allah sangat mengasihi Rasulullah jadi kita pun sentiasa berselawat nabi untuk kekasih Nya juga...tanda kita juga sangat sayang pada Rasulullah.

Macam cerita hindustan atau drama2 melayu,  selalu kisah cinta banyak halangan begitulah  cinta kita pada Allah banyak halangan yang kita tempohi...SYAITAN suka menghalang cinta kita...ada  sahaja cara nya untuk mengugat cinta kita dan selalu juga kita tewas dengan hasutan nya....sebab itu sudah janji nya...jadi kita mesti kuatkan hati kita, sentiasa beristiqamah untuk beribadat pada Allah,  insyaAllah SYAITAN tidak berani dan akan kalah dengan cinta kita yang agung ini.

Setiap hari aku akan menghubungi  Mu Ya Allah 24434, dan setelah aku memadu kasih pada Mu aku rasa tenang, amat2 tenang dan aku sentiasa merindui Mu...aku tidak sabar menunggu setiap temu janji dan akan ku usahakan juga walaubagaimana sibuk nya aku dengan hal duniawi ini kerana aku tau ada pehak ketiga sangat mencemburui cintai kita....dan aku akan sentiasa buat dia cemburu agar aku dapat menguatkan ikatan cinta kita...aku tak mahu dia menjadi penghalang cinta kita...

Aku berjanji pada diriku ini aku akan pertahankan cinta ini, kerana aku sangat yakin cinta ini suci, abadi, agung dan kekal....akan ku perjuangkan cinta ini hingga ke titisan akhir ku....aku tak mahu pehak ketiga  menjadi halangan cinta yang agung ....harus ku singkirkan pehak ketiga ini demi mengejar cinta ku yang suci ini...ini  ada lah janjiku  insyaAllah....seperti yang selalu ku lafaskan dalam temu janji kita...ibadat ku, hidupku, matiku adalah untuk Mu Ya Allah....

Ayuh rakan2 ku jangan lah jadikan cinta kita terhalang oleh pehak ketiga ini...nyah...dia jauh2 dari diri kita....sucikan cinta kita , sentiasa sebut nama kekasih kita agar cinta kita sentiasa segar dan kukuh, lakukan apa yang di suruh dan jauhi laranganNya..... kerana kita tak rugi mencintaiNya sememangnya CINTA ini  kekal dan abadi....

Monday, March 5, 2012

Tawakal pada Allah

Sememangnya kita manusia sentiasa diduga. Kadang2 dugaan itu datang tidak di sangka2...begitu juga dengan diri ku...Kebelakangan ini banyak sungguh masalah yang aku hadapi, lepas satu, satu datang. Kadang2 aku rasa buntu untuk menyelesaikan nya...tapi aku percaya Allah sentiasa bersama2 aku....aku hanya beriktiar dan selebih nya aku serahkan padaNya...

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha berkuasa, Maha Agung...hanya pada Engkau aku berserah...

Aku rasa diri ku terlalu kerdil memang kerdil, kita hanya manusia tidak mampu hendak berbuat apa2 tanpa pertolongan Mu Ya Allah...Jangan lah kita angkuh apa yang kita ada, yang sebenarnya kita tidak mempunyai apa2 pun, semua itu hanya pinjaman dari Allah...

Tiap2 malam aku serahkan diriku pada Mu, kerana aku yakin Engkau Maha berkuasa, Maha adil, Maha penyayang, Maha Melihat dan Maha Mendengar....tiap2 malam aku merindui Mu, Kau tempat aku mengadu...dan aku terasa banyaknya dosa2 ku pada Mu....adakah aku layak syurga Mu...aku menginsafi diriku...menitis air mata bila terkenangkan kebesaran Mu,...sebagai hamba Mu, aku begitu kerdil sekali tidak mempunyai apa2 pun...

Aku merasa lega, tenteram, dan aman sekali bila berhadapan dengan Mu...dan aku pasrah...aku serahkan diriku pada Mu...dan sesunguhnya Kau Maha Mendengar dan Melihat,...dan aku akan sentiasa bersangka baik pada Mu....

Ayuh kawan2 ku, adik2 ku, apa yang aku ingin berkongsi bersama ada lah jangan ingat kita sahaja ada masalah, yang sebenar nya ramai di luar tu bermasalah dan menghadapi musibah yang lebih teruk dari kita....jadi kita harus bersyukur kita masih boleh bernafas lagi untuk kita teruskan hidup ini dan meneruskan ibadat kita pada Allah...Sentiasa bersangka baik pada Allah...Allah tidak menganiaya kita...Allah tahu yang terbaik untuk kita....jadi kita harus bertawakal pada Nya........

Sunday, February 12, 2012

Sunat

Ramai yang membuat tafsiran yang salah berkaitan hukum SUNAT. ramai beranggapan Hukum Sunat,apabila dilaksanakan akan dapat pahala,kalau tak buat,tak dapat apa-apa mahupun dosa dan pahala. Tafsiran yang betulnya,APABILA DILAKSANAKAN DAPAT PAHALA,KALAU TAK DILAKSANAKAN,MAKA RUGILAH KITA. Oleh kerana TAK DAPAT APA-APA ITULAH menyebabkan orang islam pandang remeh tentang ibadah hukumnya sunnah.

Renungi lah kata2 di atas, ada kah kita dalam golongan itu, selalu abaikan yang sunat. Kalau betul alangkah ruginya kita. Mulai dari sekarang cuba kita tukar sifat itu, kita buat sunat sebanyak mungkin. Pengorbanan kita pada Allah amat lah sedikit, berbanding apa yang Allah telah berikan pada kita.

Bermula dengan kerja harian kita. Banyak perkara sunat kita dapat lakukan seperti bangun pagi baca doa dan terus ke bilik air dengan mendahului kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, serta di iringi doa masuk tandas. Lakukan sunat solat seberapa banyak yang boleh. Seperti solat sunat tahajjud, rawatib, dhoha, witir, wuduk dan lain2. kita boleh menonton tv berjam2 tapi kerana Allah kita amat berkira denganNya. Lakukan lah sunnah2 rasulullah sebanyak yang boleh kita lakukan.

Wahai rakan2 ku, adik2 ku tukar lah sikap kita lakukan lah sunat sebanyak mungkin anggap lah seperti wajib insyaAllah kita senang nak lakukan dan lakukan kerana Allah. Aku mengingati diri ku jua. Anggap lah kita tidak mempunyai masa lagi untuk melakukan ibadat insyaAllah kita ringan melakukan ibadat.

Semoga kita menjadi insan yang rajin dalam melakukan ibadah kerana Allah.

Assalamualaikum.

Monday, February 6, 2012

Kenali Rasulullah

Assalamualaikum

Sebagai orang Islam kita tau Nabi Muhammad ada lah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita. Cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Radulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.

Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini aku kongsikan biodata Rasulullah secara ringkas yang aku perolehi dari seorang rakan ku. Harap kita mengenali nya dan aku sarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahirkan hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.