Sunday, March 27, 2011

"Insya Allah"

Perkataan "Insya Allah" sangat sebati dalam kehidupan harian kita...apa2 pun kita sentiasa mengucapkan "Insya Allah" bila kita dapat jemputan kahwin, atau kita berjanji dengan seseorang bibir kita dengan mudahnya mengungkapkan perkataan "Insya Allah", hingga terbit satu lagu dari Maher Zain "Insya Allah" dan lagu itu memang sedap dan enak di dengar untuk halwa telinga kita...serta dalam maksudnya....

"Insya Allah" dari sudut bahasa (Arab: إن شاء الله‎) bererti "jika Allah menghendaki". Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata Insya Allah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesedaran akan kekuasaan Allah.

Beginilah kita harus memahami makna ungkapan Insya Allah, ia menegaskan kesedaran manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak berbuat sesuatu mengetahui bahawa diatas semua yang ia lakukan dan katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya.

Namun begitu, ada sebagian diantara kita sering melupakan peranan dan kekuasaan Allah ketika hendak berencana atau mengerjakan sesuatu. Sebagian diantara kita malah secara keliru mengamalkan kata "Insya Allah" sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata "Insya Allah" bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbaik-baik untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berdalih dan berlindung dengan kata Allah. ....
Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali ungkapkan perkataan "Insya Allah" keluar begitu saja sebagai perkataan biasa dalam pergaulan. Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan Insya Allah, lalu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi undangan ataupun janji itu.Bila tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka di sinilah letak kekuasaan Allah. Di sinilah baru berlaku makna Insya Allah.

Di harap dengan penerangan di atas, kita faham dengan ungkapan harian kita "Insya Allah" kalau kita memang tidak dapat memenuhi undangan rakan, keluarga kita atau tidak dapat melakukan sesuatu seperti yang di minta... usah lah kita dengan mudah nya ungkapkan perkataan "Insya Allah"... fahami lah maksud "Insya Allah" itu sendiri.....

Monday, March 21, 2011

Hati yang keras dan lalai

Kita di nasihatkan jangan mempunyai hati yang keras dan bersikap kasar, sehingga bila di nasihat tidak memberi kesan apa2 pun atau tidak merasa hiba dan takut jika di sebut mati dan juga tidak gentar mendengar janji-janji balasan dari Allah dan ancamanNya mengenai akhirat..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Yang amat jauh kepada Allah Taala ialah hati yang keras" dan sabda nya lagi "Empat perkara menjadi tanda kejahatan, iaitu Hati yang keras, mata yang beku, sentiasa berkira-kira dan panjang harapan" dan di minta kita jauhi empat sifat yang merbahaya ini.
Manakala sifat lalai ialah sifat yang lain yakni tidak sama dengan sifat keras hati. Sifat ini ada lah sifat yang tercela dan mengandungi bahaya yang besar. Hati yang lalai ialah hati yang tidak tahu diuntung dan tidak sedar ketika diingatkan dengan berbagai-bagai pertunjuk dari perintah-perintah Allah dan larangan-larangNya. Orang yang lalai di antara nya mementingkan urusan dunia dari melaksanakan perintah-perintah Allah.

Seseorang di kira lalai jika dia membaca Al-Quran atau mendengar tetapi tidak merenungkan makna2 nya atau mendalami maksudnya begitu juga dengan hadis2.

Kita juga di kira golongan lalai apabila kita tidak mengingati mati, dan tiada memandang berat tentang perkara2 yang berlaku sesudah mati.

Tidak mendampingi orang2 alim juga di kira dalam golongan orang2 yang lalai..kerana orang2 alim akan sentiasa mengingati kita kepada Allah dan agama Islam dan sentiasa menyedarkan kita serta menasihatkan kita menjauhi maksiat dan patuh dengan perintah2 Allah.

Elok lah kita muhasabah diri kita adakah kita termasuk dalam golongan orang yang keras hati dan orang2 yang lalai...

Ku memohon pada Allah jauhi lah aku dan kita semua dari sifat2 yang merbahaya ini...semoga kita dari golongan orang2 mukmin.

Monday, March 14, 2011

PERJUANGAN HIDUP

Hidup ini penuh dengan dugaan dan dugaan ini lah mewarnakan kehidupan kita. Kita harus terima dugaan ini dengan penuh keredhaan dan sudah semestinya ada hikmah di sebaliknya...

Kadang2 dugaan ini kita kena hadapi keseorangan dan telan kepahitan yang kita hadapi keseorangan di mana amat sukar tapi itu lah hakikatnya. Bukan semua masalah kita dapat berkongsi dengan keluarga, rakan2 dan orang2 yang kita sayangi.

Kita boleh berkongsi masalah kita dengan orang yang kita sayangi...tetapi setakat mana dia boleh menolong kita hanya dengan nasihat2 dan kata2 perangsang yang mungkin menguatkan semangat kita untuk hadapi masalah .... tetapi diri sendiri lah juga yang akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi....

Bagi aku, Allah sahaja tempat kita mengadu...suka duka kita....Kalau kita suka kita bersujud syukur tanda berterima kasih kita pada Allah...Kalau dalam kedukaan mengadu pada nya...insyallah hati kita akan menjadi tenteram...

Sepanjang hayat ku, banyak telah aku lalui...dalam kehidupan aku ini, baik secara peribadi dan juga kerja harian ku....Adakala aku agak kecewa juga tetapi aku berpegang pada prinsip semua nya datang dari Allah dan Allah juga lah akan menyelesaikan cuma kita hanya ikhtiar kan untuk menyelesaikan nya...selebih serah pada Allah.... Dan alhamdullilah aku berjaya mengatasi nya...satu persatu...

Ini membuat aku lebih matang dan sangat berhati2 menghadapi kehidupan ku secara peribadi dan juga dalam kerjaya ku.

Apa yang aku maksudkan di sini jangan berputus asa jika kita menghadapi masalah atau kegagalan yang mungkin berat pada kita, teruskan menghadapi nya dengan tabah dan selesaikan atau tebus kegagalan kita dengan sebaik mungkin dan selebihnya serahkan pada Allah. Percaya lah Allah tidak akan menginaiya kita....hanya kita yang menginaiya diri kita sendiri...

Masalah masalah yang kita hadapi ada lah di ibaratkan segumpal benang yang kusut dan kita cuba meluruskan benang dengan cara perlahan2 agar tidak putus atau lebih kusut agar boleh di gunakan....dan dengan kebijaksanaan kita yang di berikah Allah dapat lah kita meluruskan benang tersebut!!!

Oleh itu bangkit lah rakan2 ku jangan buat kegagalan atau masalah menjadi halangan untuk kita terus maju kehadapan....jadikannya sebagai perangsang dan semangat untuk kita untuk terus maju...... kerana hidup ini ada lah perjuangan...

Tuesday, February 22, 2011

KAWAN

Kita sebagai manusia merasa sunyi jika kita tidak berkawan.. Ramai dari kita mempunyai kawan2 atau sahabat2. Ada di kalangan nya sudah berkawan lama hingga berpuluh2 tahun. Kadang2 jika kita sudah terlalu baik menanggap kawan kita seperti saudara kita. Terutama yang tinggal jauh dari keluarga kita...rakan2 kita itu lah yang menjadi saudara kita.

Aku mempunyai seorang kawan baik yang telah berpuluh2 tahun aku mengenali nya....pada mula nya kami memang selalu bergaduh kerana tidak ada penyesuaian....Tapi aku selalu berpegang dan memandangkan kebaikan nya pada aku....Memang dia seorang yang baik, prihatin dan selalu mengambil berat tentang diri ku...jika aku dalam kesulitan dia lah yang pertama datang menolong ku dengan sedaya upaya. Dengan kebaikan nya aku lupa atau tidak pandang dengan keburukan yang ada pada dia lalu aku pun makin akrab dengan dia hingga sekarang. Begitu juga dia, sangat akrab dengan ku...apa2 masalah dia akan datang pada ku dan cerita kan pada ku...Aku faham dia pun mengambil sikap seperti aku, iaitu tidak memandang pada keburukan ku tapi sentiasa memandang kebaikan ku....dan aku percaya begitu lah kita kena bersikap pada kawan2 kita. Jangan sesekali memandang keburukan mereka tetapi selalu pandangkan kebaikan mereka nescaya kita akan menjadi akrab dan itu lah sahabat kita dunia akhirat....jangan lah perkara sikit yang remeh temeh kita ambil kira.....untuk menghindar diri kita dari berkawan menjadi masalah pada kita,berikut ada lah ciri2 kawan yang baik untuk kita jadikan kawan :-

1. Taat pada perintah Allah
2. Berakhlak mulia dalam pergaulan
3. Berilmu dan beramal dengan ilmu yang di miliki
4. Tidak mementingkan diri sendiri
5. Tidak mendedahkan keaiban kawan
6. Menjadi contoh yang baik kepada kawan2
7. Berlapang dada dalam menerima teguran dan nasihat dengan baik
8. Sanggup berkorban untuk membantu kawan

Cuba muhasabah diri kita, ada kita di golongan seperti di atas? Kita mengharap kawan2kita seperti begitu tapi adakah kita pun mempunyai ciri2 tersebut. Kita harus ingat bukan kita sahaja memilih, orang lain pun memilih juga....:-)

Selain mempunyai ciri2 tersebut, dalam islam pun ada adab berkawan agar kita sentiasa hidup dalam kebahagian, keberkatan dan harmoni insyallah. Berikut ada lah cara2 beradab dengan kawan2 :-

1. Sentiasa memberi salam ketika bertemu dan berpisah
2. Ikhlas dan jujur dalam berkawan
3. Sentiasa bersangka baik terhadap kawan
4. Menghindarkan percakapan atau perbuatan yang boleh menyakiti kawan
5. Saling nasihat menasihati pada perkara kebaikan

Alangkah indah hidup kita jika kita benar2 mengikut seperti di sarankan...nescaya kita tidak ada musuh dan hidup kita di penuhi kebahagian, kecerian, keberkatan dan kita sentiasa di sayangi dan menyayangi....

Friday, February 4, 2011

ORANG SAKIT

Petang tadi aku pergi ziarah sahabat lama ku yang sedang sakit tenat...aku rasa sungguh sedih dan terharu kerana dia sakit terlantar tidak berupaya dan bermaya. Aku bayangkan ketika dia sihat, beliau ada lah seorang yang pendiam tetapi serius menjalani tugas dan kehidupan harian serta seorang yang warak. Beliau sentiasa bersolat berjemaah di masjid dan sangat menitik beratkan aspek keugamaan kepada keluarga nya.

Tetapi apa yang buat aku sedih dan airmata ku mengalir ialah apabila anak nya dengan baju pengantin datang menziarah beliau. Rupa nya anak perempuannya baru selesai bernikah yang di walikan abangnya sahaja bukan ayahnya. Kedua mempelai datang menziarah ayah mereka yang tidak berapa sedar ini. Sungguh kesian dan sedih. Sesungguh ini ada lah dugaan pada mereka. Ku lihat anak2nya dan isteri nya sungguh tabah menghadapi musibah ini. Esok ada lah kenduri perkawinan anak mereka, bayangkan lah, mana sibuk dengan kenduri dan ayah mereka sedang terlantar sakit tenat....

Sesungguhnya aku berharap dan berdoa agar sahabat ku pulih dengan segera dan keluarga nya tabah menghadapi musibah ini....

Menziarah orang sakit ada lah fardu kifayah keatas kita sebagai orang muslim.

Ziarahilah mereka dengan muka yang manis dan mesra melayan pesakit dan juga keluarga pesakit untuk meringankan bebanan mereka.

Nasihatlah mereka supaya besabar dan tabah menghadapi ujian Allah.

Sentiasa menyuruh mereka mengingati Allah

Paling penting mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

Kita sebagai pelawat mesti bersabar mendengar rungutan pesakit.

Sebagai prihatin pada mereka bertanyakan pada mereka tentang keinginan dan keperluan pesakit atau keluarga mereka.

Itulah di antara2 adab2 atau cara2 menziarah orang sakit mengikut Islam. Yang sebenar nya banyak lagi seperti membaca doa2 untuk persakit dan sebagainya.

Bila kita menziarah orang sakit, boleh melahirkan rasa keinsafan pada diri kita dan menyukuri nikmat dan kesihatan diri. Ia juga boleh meringankan bebanan pesakit dan keluarga nya dan tidak secara langsung mengeratkan silaturahim sesama islam.

Ayuh rakan2 ku jangan berlengah kalau kita mendengar keluarga, kawan2 kita sakit luangkan waktu untuk ziarah mereka. Tunjukkan sikap prihatin kita pada mereka. Kerana dengan kecuaian atau melengahkan diri untuk melawat rakan kita, kaum keluarga kita, mungkin kita tidak dapat jumpa mereka lagi dan ini boleh membuat kita rasa kesal di akan datang....jadi sentiasa luangkan masa untuk mereka bagi menujukkan sifat keprihatinan kita dan sayang kita kepada mereka.

Aku telah alami rasa kesal satu ketika dulu di mana ku mendengar kawan ku sakit tapi aku tangguhkan lawatan ku pada beliau kerana kesibukan masa ku dan akhir nya rakan ku telah meninggal dunia tanpa sempat aku ziarah beliau dan ini membuat aku rasa kesal hingga sekarang..dan seterusnya mengajar aku dan mengingatkan aku jangan tangguh niat yang baik menziarah rakan kita yang sakit secepat mungkin.

Macamana sibuk pun kita percepatkan lah niat kita untuk ziarah jika kaum keluarga, rakan2 kita sakit agar kita tidak rasa kesal kemudian hari....

Friday, January 21, 2011

Kidal

Aku ada lah seorang kidal dan tidak ambil pusing pun mengapa aku kidal. Semua kerja2 ku aku lakukan dengan tangan kiri, hingga ke makan dengan sudu atau pengepit masih pegang tangan kiri, kecuali aku makan dengan tangan.

Ramai juga kawan2 serta guruku menegur ku bila pegang gelas atau cawan dengan tangan kiri, tapi seperti aku katakan aku tidak ambil pusing langsung. Tetapi bila aku belajar mengenai semua kerja yang baik di mulakan dengan kanan hingga lah melangkah ke masjid di mulakan dengan kaki kanan, baru aku sedar dengan kesilapan aku. Aku rasa sangat rugi tidak dapat mengikut sunnah nabi.

Sedikit demi sedikit aku cuba tukar membuat kerja dengan tangan kanan... Berkat kesabaran dan kesungguhan aku dapat juga mulakan kerja dengan tangan kanan, seperti menggosok baju, minum sudah mula dengan tangan kanan, walaupun ada lagi rasa kekok tapi aku akan cuba. Cuma menulis sahaja aku masih belum boleh menulis dengan tangan kanan...aku berazam akan cuba belajar menulis dengan tangan kanan dan akan dapat menulis dengan tangan kanan sebelum aku mati insyallah.

Ramai orang akan kata mengapa menitikberatkan benda yang remeh ini, kalau dah kidal biar kan saja, tapi bagi ku ISLAM IS WAY OF LIFE dan Islam mengajar kita setiap pekerjaan baik elok di mulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan. Itu lah kelebihan Islam.

Dan Islam melarang kita makan dengan tangan kiri...seperti di nyatakan dalam hadis berikut :-

“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764).

Jadi sesiapa yang kidal itu elok lah tukar ke tangan kanan walaupun sukar tetapi memang boleh....walaupun mungkin tak sepenuh tetapi sekurang2nya kita mencuba...dan terutama makan, makan lah dengan tangan kanan walaupun semasa memegang sudu.

Dan sekarang aku sudah boleh mengunakkan kedua belah tangan aku tidak seperti dulu kesemuanya kiri....insyallah kalau ada usaha pasti berjaya dan doakan lah aku agar aku berjaya menulis dengan tangan kanan...

Friday, January 7, 2011

SEGERAKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU


Tak dapat di nafikan kita hidup di dunia ini sentiasa sibuk, sibuk dengan anak2, sibuk dengan melayan suami atau isteri, dan sibuk dengan kerja yang di amanahkan. Aku pun tak terkecuali daripada pagi hingga lah kemalam sentiasa sibuk. Aku pun tak tahu mengapa lah hidup di dunia ini sentiasa sibuk.

Tetapi jangan lah dengan kesibukan kita ini, kita lupa dengan kewajipan kita dengan tuhan. Selalu nya kita sentiasa lalai menyegerakan solat. Kadang2 kita boleh bersolat macam orang kata "2 dalam 1" seperti solat zohor di lewatkan dan buat hampir waktu asar....dan lepas itu kita sibuk juga lagi....

Kita lupa apa yang kita perolehi ada lah kurniaan tuhan tetapi kita lalai serta ingkar menyahut perintahNya. Bertapa bongkak nya kita...Aku tak kata orang lain aku kata diriku ini...bertapa nya aku manusia tidak tahu berterima kasih pada Allah kerana sentiasa utamakan perintah manusia dari perintah Allah yang menciptakan kita ini.

Aku berjanji pada diriku agar tidak lagi melewatkan waktu solat sebagai bukti aku cinta pada Allah dan patuh perintahNya. Kerana aku tahu melewatkan waktu solat ada lah berdosa, dan jika kita melakukan dosa2 ini berterusan, hati kita akan menjadi gelap...dan tidak takut serta tidak cinta pada Allah...

Cuba kita fikir macamana sibuk pun kita dan lalai perintah Allah kita tetap juga sibuk tidak senang juga jadi apa salah kita dahulukan perintah Tuhan, kemudian baru kita lakukan kerja2 dunia...insyallah hati kita pun menjadi senang dan tenang. Percaya lah kerja dunia memang tak akan habis sampai bila2 jika kita kejar dan utamakan dunia... Sebab itu aku suruh pekerja2 ku dan diriku berhenti kerja, dan tunaikan solat dahulu jika sampai waktu solat kerana aku tahu kerja tidak akan habis....elok lah kita berhenti kerja dan mengadap Allah...kemudian sambung kerja kita semula...kita akan rasa segar semula untuk bekerja percaya lah...

Selain dari itu melewatkan waktu ada lah haram dan berdosa, seperti aku katakan tadi dosa2 yang berterusan akan mengelapkan hati kita...

Ayuh rakan2 ku, utamakan perintah Allah dari perintah Manusia, macamana sibuknya kita hentikan kerja2 dunia dulu dan sahut perintah Allah SEGERAKAN SOLAT....

Semoga kita semua menjadi orang2 mukmin dan hidup di berkati Allah...amin.